Nak Bercuti!!!

Lately ni memang otak rasa macam letih sangat. Nak kata keja menimbun bagai nak rak, tak jugak. Saya ni jenis suka memikir. Terutama hal yang berkaitan dengan life yang saya yang mencecah 32 tahun nih. Kalau ikutkan mood saya hari ni sangatlah down. Saya sorang je kat rumah ni. My adeng keja. Entah la..saya faham keja dia. Kadang2 saya tak kisah pun dia keja hujung minggu tapi arini sebab dalam mood yang sangat merudum, saya tak suka dia pergi keja dan tinggalkan saya sorang2 huhu.

Saya memang rasa nak rehatkan fikiran saya yang dah berselirat macam mi maggi ni. Ngah menghitung hari nak balik kampung. Saya macam dah nampak kampung saya dok melambai-lambai suh saya balik. Memandangkan awal bulan 6 nanti, saya balik kampung skang saya kena menenangkan hati saya ni. Nak cuti lama sikit, kalau ada rezeki lebih boleh bercuti kat tempat lain jugak. Rasa macam dah letih dok KL nih. Kalau dapat lari sekejap dari hiruk pikuknya, alangkah lapangnya otak saya ni…

Pagi tadi, rasa nak ke naik Genting je. Bukan nak pegi main game pun, tapi nak carik port paling best…nak nikmati keindahan alam ciptaan Allah ni. Alahai…terbayang-bayang kehijauan di atas sana (dan juga orang yang sangat ramai). Tu yang melemahkan saya. Tapi, yelah…Genting tu bukan hak saya sorang. Mana boleh saya sorang je boleh pegi situ. Tak patut betul saya ni, ya?

Tempat peranginan paling dekat yang boleh pergi dan balik hari yang sama

Cameron Highlands pun ok tapi kena bermalam dan rehat betul-betul

Hohoiii..Bukit Tinggi pun ok

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s