Happy Mother’s Day, Ummi

Walaupun mak saya tak baca entri ni tapi saya dengan rasa yang sangat berbesar hati, nak dedikasikan entri ni untuk mak saya. Kitaorang adik-beradik panggil ‘mi’ je. Dari kecik dah macam tu, singkatan daripada ummi.

Masa saya kecik2 dulu,  saya tak rapat sangat  dengan ummi saya. Sebab ummi ngan abah memang sibuk bekerja nak menyara kitaorang adik-beradik. Saya ingat semua tu. Saya ingat, dia sibuk buat kuih, hantar kat kantin sekolah, dewan makan sekolah asrama. Buat kuih masa raya. Macam-macam jenis kuih.. kuih karipap, puteri berendam, cucur badak, kuih lapis, bepang, buah melaka, bahulu gulung dan rasanya banyak lagilah. Tak ingat. Kan saya kecik lagi masa tu. Ingatan terbatas. Saya pun sama la naik menolong tapi sayangnya saya takde le pandai buat kuih macam dia. Huhuhu…Pandai order ngan makan jek.

Yang saya tahu, ummi saya memang sporting. Bayangkan, saya ni anak kedua sulung pompuan pulak tu tapi ummi saya tak pernah pertanggungjawabkan saya untuk jaga adik-adik saya. Kat bawah saya ada 5 adik tapi memang saya ingat saya tak pernah sibuk beri diaorang makan ke, tukar lampin ke, bancuh susu ke. Kalau ada pun, adik bongsu saya sebab masa tu saya dah sekolah menengah. Ummi suruh concentrate pada pelajaran je. Alhamdulillah, masa saya kat sekolah rendah saya tak pernah dapat nombor lebih dari nombor 3. Cuma, masa dah naik sekolah menengah saya jadi malas sikit hehe lagipun ramai sangat pesaing yang teror2. Letih gak.

Tapi, kalau bab berkawan dengan budak-budak lelaki ni ummi memang tegas. Saya takde kawan lelaki yang rapat dengan saya pon. Lagipun memang dulu saya ni pemalu yang amat. Entah ikut sapa saya pun tak taulah. Tak tanya pulak kat ummi ngan abah. Sekolah menengah lak, saya sekolah perempuan. Memang kompem takde kawan sekelas atau kawan sekolah lelaki. Kawan-kawan lain sibuk berkawan dengan budak-budak lelaki kat sekolah sebelah tapi saya tetap dengan dunia saya dan kawan-kawab baik saya.

Sampai la sekarang ni, ummi saya tak sibuk-sibuk pun bertanya bila dia nak ada cucu daripada saya. Memang saya bersyukur sangat2 baik ummi, abah tak pernah mendesak dan tak pernah beri tekanan pada saya.

Kalau ikutkan banyak sangat cerita yang saya nak bagitahu pasal ummi tapi rasanya cukuplah takat tu. Sapa2 pun mesti jadikan ummi, ibu, mak, mama, mummy dia ratu hati hidupnya.

Selamat Hari Ibu buat ummi, Siti Rohana yang ada kat Pekan nun. Semoga ummi sihat, ceria, tenang dan bahagia selalu.

Huhuhu..nape rasa nak nangis nih?

Ummi saya yang pakai baju kurung warna ijo tu.

Yang ni nampak jelas. Ngan adik-adik masa abah ngan ummi datang KL.

2 thoughts on “Happy Mother’s Day, Ummi

  1. ilhamfatihah says:

    Alaaa..la…tu la. K.su pun x leh. Belom cita pasal abah lagi ni. Mari kita doa sama2 untuk diaorang, k?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s