Saya Buat Apa Bila Balik Dari Kerja, Ya?

Saya sengaja masukkan tajuk pasal ni. Jumaat kan rehat panjang bagi orang pompuan. So, saya rajinkan diri update blog kesayangan saya nih. Lately, memang my adeng balik lambat dari kerja. Almaklumlah, kerja kat Putrajaya. Sekarang lak sibuk dengan persiapan Hari Belia. Mahu pukul 8, pukul 9 sampai rumah.  Itu pun kira ok, sebab kadang-kadang tu sampai tengah malam baru sampai rumah. Kalau dia tak stayback, sebelum pukul 7 dia dah boleh sampai rumah. Saya kesian kat dia. Terpaksa drive lebih 90km sehari.

So, apa aktiviti saya sementara tunggu my adeng balik? Saya sampai rumah lebih kurang pukul 5.30 petang. Kalau saya rajin atau ada barang dapur yang nak dibeli, saya singgahlah mana-mana. Tapi sekarang, saya mestikan diri sampai rumah sebelum pukul 6. Sebab saya nak layan cerita Taiwan – Black and White. Saya suka cerita aksi. Kalau hari tu, saya rasa nak masak, saya akan sediakan dulu bahan-bahan nak masak atau time iklan saya lari la ke dapur.Kalay saya ada mood saya layan gak la cerita Adamaya tu. Sekarang tengok cerita tu  sebab nak tengok Amani je.

Macam semalam, saya perasan setiap malam Jumaat, saya mesti cepat mengantuk. Jangan salah faham, ek? Malam Jumaat, kan kita digalakkan banyakkan ibadah. Banyakkan baca al-Quran, buat solat sunat.  Sementara nak tunggu Isyak, saya dok tengok tv. Elok je azan Isyak, saya boleh terlelap. dengan kain sembahyang. Sedar-sedar, tengok my adeng dah tercongok depan pintu. Terkejut saya! Langsung tak sedar bunyi kereta, bunyi dia bukak pintu rumah. Teruk juga tahap tidur saya ni huhuhu. Tengok jam pukul 9. Saya bangun, solat Isyak pastu prepare makan malam. Semalam, saya masak daging black pepper ngan goreng udang. Sayur tak ada sebab saya nak spent masa yang singkat je kat dapur semalam.

Dan….mengantuk saya bersambung semula. Tapi, saya try baca buku Natrah. Huhu, dapat baca 1 muka surat je. Tengok tv pun, sekejap bukak, sekejap tutup. Sampai saya tak sedar cerita Asmaradana tu habis. Tu jelah.

2 thoughts on “Saya Buat Apa Bila Balik Dari Kerja, Ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s