Sabtu Saya

Weekend…selalunya saya suka lepak rumah je kalau my adeng terpaksa kerja. Banyak benda boleh buat kat rumah, kan? Dan dah tentu, tak menang tangan kalau saya dah bulat hati nak kilatkan rumah saya hehehe. Memandangkan adik saya dah ajak pergi beli barang kat Jalan TAR dan setelah mendapat izin my adeng saya pun pergilah dengan niat nak meneman. Just pasang niat nak beli handbag dengan bajet yang sangat kecil je.  Tu saja, ok? Handbag untuk jalan-jalan. Sian saya, beg lama dah rosak. Beberapa ketika saya kena bawak purse dan handphone je bila jalan-jalan. Ish..rasa cam tak sempurna je.

Pukul 10 lebih saya dah pi amik adik saya kat rumah dia. Tak jauh pun dari area rumah saya tu. Saya malas pergi petang sebab tau Jalan TAR akan sesak bagai nak rak hari Sabtu. Ada pasar malam dan time gaji. Tak sanggup saya nak bersesak! Kitaorang sampai kat area tu memang tak ramai umat lagi. Selesa jugaklah mencari kain pasang. Untuk adik saya, ya? Bukan untuk saya. Dia kata nak 2, 3 pasang. Untuk raya sekali. Masuk satu kedai, saya ngan adik saya dah berkenan dengan satu kain cotton ni. Alahai..cantik sangat tak sanggup nak kata tidak membelinya. Adik saya dok membelek-belek kain tu, saya pulak dok berfikir nak beli ke tidak ni. Hati memang dah terpaut sangat-sangat dah. Fikir punya fikir, saya pejam mata saja la beli kain tu. Lagipun tak mahal RM35 je. Hasil pembodekan kitaorang, dapatlah RM30 sepasang. Kira untung la tu.

Eh? Saya nak cerita pe sebenarnya ni, ek? Owh..pasal handbag tu. Punyalah jauh kitaorang jalan sebab lepas dah jumpa kain kena cari tudung sedondon lak. Dah tu terjumpa lak dengan satu kedai jual handbag. Memang dalam bajet saya so, saya  pun belilah beg tu. Adik saya kata tak berbaloi beli beg kat situ dengan harga macam tu tapi nak buat camne saya dah terbeli. Terbeli ke???

Dah sampai Jalan Masjid India kitaorang merayap. Pehtu patah balik pulak ke Sogo. Nengok kat sini mak aiii ramainya manusia. Kat level pintu masuk tu, Sogo buat sale handbag, kasut ngan pakaian lelaki. Hati saya berbolak balik. Tapi, bila tengok harga, rasa legalah. Sebab memang sangat-sangat jauh dari bajet saya walaupun ada jugak la yang saya berkenan. Lega sikit rasanya. Hehehe. Disebabkan adik saya pun nak cari handbag saya pun follow dia dan…terjadilah kisah terminat sekali lagi? Nak buat camne ni?? Adik saya siap cakap..lawa, lawa. Ish, tak boleh jadi ni. Saya tak boleh membiarkan rasa ni menular nanti poket saya cepat kempis bulan ni. Masa ni, saya terpaksa tutup pintu hati saya huhu.

Dipendekkan story, saya balik rumah dan sampai rumah dekat pukul 4. Tak lama pastu my adeng lak balik. Saya pun siap test handbag saya beli tadi. Rasa macam tak best je. Cam tak puas hati je. Ngadu la kat my adeng. Dia tanya dah tu nape beli? Huhuhu.. Pastu dia boleh ajak pergi Sogo lagi? Biar betul ni? Memang saya cipta rekod hari tu. Lepas Asar kitaorang pergi service kereta dulu then baru gerak ke Jalan TAR. Parking kat tempat yang sama pagi tadi. Pergi makan kat foodcourt Sogo macam pagi tadi dan akhirnya handbag yang saya berkenan kat Sogo tu saya beli jugak. Kalau my adeng tak support takde la jugak saya nak membelinya. Letihnya kaki Tuhan je yang tahu. Cipta rekod tanpa sengaja. Tak pernah dibuat orang kot?

Tak dapat  nak tepek gambo sebab kamera saya ngah low battery.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s