Selalu Tak Sampai Hati

Saya memang seorang yang tidak berapa rajin memasak tapi apabila memikirkan tentang tanggungjawab saya untuk suami saya, saya tunaikan juga peranan tu walaupun saya tahu suami saya tak pernah mewajibkan saya memasak setiap hari. Tapi, sejujurnya..bila kita masak dan tengok suami makan dengan penuh berselera, kita jadi sangat berpuas hati dan ternyata itu sesuatu yang sangat menggembirakan! Tu intro..hehehe

Semalam, hari Khamis. Minggu ni, Isnin saya masak. Selasa tak masak, makan kat Bangi Kopitiam, Taman Melawati. Hajat di hati nak makan nasi kerabu tapi kat situ tak ada nasi kerabu so saya orderlah apa yang saya rasa sedap. Sebenarnya dah banyak kali saya makan kat sini, selalunya saya order nasi dagang, nasi lemak tapi kali  ni nak ubah selera. Saya pilih nasi goreng chicken chop. Sib baik sedap…licin saya makan. My adeng pun terkejut. Siap tanya saya, sedap sangat ke? Saya pun mengiyakannya bersungguh-sungguh. Serius sedap dan disokong pulak dengan keadaan saya yang sangat-sangat lapar masa tu.

Rabu, saya masak tapi lauk yang sangat simple iaitu ikan cencaru goreng berlada. Dan memang saya bersyukur sebab my adeng tak pernah merungut. Khamis, hajat awal tak nak masak. Petang, saya call my adeng, tanya dia nak masak tak arini dengan harapan, kalau dia nak saya masak saya nak share cadangan menu daripada dia. tapi, dia memang follow je pe yang saya masak. Dia kata, terpulang la kalau nak masak tapi dia rasa saya macam malas jee… huhu. Bila dia cakap macam tu, saya jadi bersalah dan tak sampai hati nak biar my adeng makan masakan orang lain (untuk hari tu la).

Fikir punya fikir, oleh kerana kat dalam peti ais masih ada ikan bawal kecik n sayur kobis saya amik keputusan untuk masak. Tapi untuk tambah selera saya buat sambal belacan ala-ala Sarawak. Saya tak ingat pe nama dia. Sebelum ni memang saya tak pernah masak sambal ni sebab selalunya my adeng le yang masak menu negeri dia ni. Saya cuba ingat pe bahan-bahan dan pandai-pandai sendiri la. Bahan-bahannya ikan bilis, cili api, cili kisar, bawang merah n putih sikit dan belacan. Sukatannya main agak-agak jela. Step pertama, saya tumbuk ikan bilis, cili api, bawang merah n bawang putih (tumbuk depan tv sambil tengok drama Taiwan kul 6, Black and White. Boleh gitu? Cite ni best, sayang nak tinggal hehe).

Pastu saya layan tengok cite tu  sampai abis, pukul 7. Then barulah saya sambung masak. Potong halus bawang putih n bawang merah lagi (dalam seulas cmtu la). Pehtu tumis. Masukkan cili kisar tadi last sekali masuklah bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi. Kacau sampai sebati. Tak payah masuk garam sebab belacan dan ikan bilis tu dah sedia masin. Ok, siap. Saya tak snap gambo so tak bolehlah tepek kat sini. Lepas solat Isyak, barulah saya goreng ikan dan sayur. My adeng sampai rumah dalam pukul 9, semua dah siap untuk dimakan sahaja. Dan alhamdulillah, happy sangat-sangat bila tengok my adeng makan dengan sangat-sangat berselera. Betul…puas hati!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s