Rindu…

Sudah pastinya saya rindukan ummi, abah dan kampung tempat saya membesar sekarang ni. Nun…kat bandar Diraja Pekan tu. Rindu sangat-sangat. Rasa nak terbang balik. Hari tu tanya my adeng, bila kita nak balik Pekan? Dia jawab entahlah. Ya, saya faham dia tengah sibuk dengan program hari belia tu yang akan on tengah bulan  5.  Kalau ikutkan hati, saya nak balik hujung minggu ni tapi my adeng kena kerja. Patut tak kalau saya balik sorang-sorang ataupun ajak adik? Huhuhu..camne ni?

Lagipun, bila telefon ummi dia selalu tak sihat je. Tadi telefon dia tengah basuh baju tapi basuh tangan. Dia memang tak suka basuh pakai mesin basuh. Dia rasa macam tak cuci. Huhu..nak buat macamana? Memang ummi ngan abah ada datang KL bulan lepas tapi rindu dah datang kena balik gak. Nanti la, tanya my adeng mana la tau kalau minggu depan dia free. Mintak-mintak la aminnnnn.

Waaahhh..boleh singgah Tanjung Lumpur. Beli sata kat Kedai Pak Soh. Hmmm…sedapnya. Boleh jumpa anak-anak sedara saya yang tiga orang tu. Angah ingat saya dah ada baby. Hehehe…adik saya suka sangat menyakat dia. Dah budak tu percaya. Siap tanya, siapa nama baby? Lelaki ke perempuan?  Comel ke tak? Hehehe..happy melayan dia berborak kat telefon.

Mother and father in law pun saya rindu. Lagi satu, rindu kat si kecik…Dania yang mesti dah keletah bercakap. Kadang-kadang, terkenang-kenang suasana kampung MIL. Saya ibaratkan macam kampung yang masih belum tercemar la. Damai saja rasanya. Memang dikelilingi kehijauan.

Kat rumah Pekan. Dari kiri, saya, Along, Nina dan Angah

Belakang rumah Sessang waktu pagi. Nyaman kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s