Ya, Saya Mahu Sentiasa Memperbaiki Diri

Wajarlah setiap manusia yang bernama hamba Allah ni sentiasa memuhasabah diri, bukan? Untuk menjadi seorang anak yang lebih baik untuk ibu bapanya, seorang isteri yang lebih baik buat suaminya dan menjadi seorang yang lebih baik untuk orang-orang di sekelilingnya. Indahnya menjadi seorang yang disayangi kerana budi bahasa dan hatinya yang suci. Susahkah mahu menjadi insan sebegini?

Saya (cuba menggunakan kata ganti nama ni. kalau selesa saya akan teruskan) selalu memikirkan tentang perkara yang satu ni. Saya akui, graf hidup saya ada turun naiknya. Kadang-kadang bersemangat, ceria, gembira, senang hati, berlapang dada dan kadang kalanya ada duka, sedih, kecil hati, sayu, sunyi singgah di hati. Saya mahu menjadi seorang yang sentiasa bahagia. Sentiasa dan berterusan. Saya pernah berusaha tetapi selalunya usaha saya sekerat jalan.

Satu perkara yang saya selalu mahu buat dan saya jarang melakukannya ialah solat Subuh kemudian baca surah al-Quran yang mempunyai manfaat yang amat besar. Contohnya Surah Yasiin yang insya Allah jika dibaca boleh mempermudahkan setiap urusan kita pada hari itu. Selalunya, saya bangun pagi tak ikut waktu yang seragam. Saya memang seorang yang tidak berdisiplin bila bangun pagi. Ada kawan saya kata, elok diamalkan surah al-Muzammil supaya mudah hamil. Saya pernah amalkan tetapi tidak konsisten. Saya kecewa dengan diri saya sendiri.

Apapun, yang saya tahu saya seorang yang tidak mudah berputus asa. Walaupun saya selalu saya selalu gagal melakukannya tetapi saya tetap cuba dan cuba untuk menjadikannya amalan seharian saya. Lagi satu, saya teringin nak baca Surah al-Waqiah selepas solat Maghrib. Tetapi saya selalu solat lambat dengan niat tidak mahu menunggu lama untuk solat Isyak. Lagipun saya ni cepat mengantuk dan kalau saya solat Isyak  tak di awal waktu, saya akan lengah-lengahkan dan rasa berat sangat nak solat. Sampai tertidur dan pada masa tu saya kena paksa diri saya bangun dan  solat Isyak sebelum Subuh. Tu lagi susah kan?

Saya perlu perbaiki amalan, selalu bersihkan hati, kena pujuk diri dan sentiasa ingatkan diri. Tentang kehidupan saya sebagai hamba Allah di alam yang hanya sementara ini.

Dari alongwairnazz.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s