Hari Keluarga @ Tiara Beach Resort, PD

Mana-mana company or jabatan for sure akan buat family day dengan niat nak rapatkan ukhuwwah staf dan ahli keluarga staf.  Ni, Hari keluarga opis my adeng sebenarnya. Bukan satu kementerian tapi bahagian my adeng je. Mula-mula, my adeng bagitau diaorang plan nak buat kat Pulau Redang. Kompem aku excited tapi lastly perancangan terpaksa ditukar ke PD je. Tak teruja sangat sebab dah pernah pegi sana hehe. Lagipun, Tiara kan macam water park. Tak bolehlah nak jalan-jalan tepi pantai sambil berpegang-pegang tangan hehe (gatal la pulok ye).

Awal bulan 4 aritu programnya tapi aku masih belum berkesempatan nak upload story kat blog aku ni. Sepatutnya kitaorang nak bertolak ke PD lepas waktu opis. Tapi terpaksa tangguh sampai pukul 9 lebih sebab nak tunggu my adeng siapkan kerja kat opis. Yelah, tengah sibuk untuk preparation Sambutan Hari Belia peringkat Kebangsaan. Sampai kat PD dah hampir tengah malam. Pergi makan dulu lepas tu baru pergi hotel.  Aku pun tak tahu my adeng bawak pi makan kat mana. Sepanjang jalan aku tidur. Makan pun dalam keadaan mamai dan cepat-cepat nak habis (tapi ikan siakap bakar tu sedapnyeerrr hehehe. Sebab? Nak cepat pergi hotel dan tido…huhuhu. Fuh, sangat-sangat letih.

Pagi  Sabtu, acara sukaneka. Kitaorang lambat turun, rasa macam penat semalam pun tak hilang tapi kena turun jugak kan? Hehehe…diorang dah mula sukaneka pun. My adeng sempatlah join 2 game, jalan tutup mata dengan baling belon berisi air. Pastu aku ngan my adeng join  satu game bersama, namanya rapat-rapat sayang. Seganlah nak upload gambar kat sini tapi enjoy! Kelakar pun ada! Gamenya macam ni…setiap pasangan suami isteri diberi sehelai suratkhabar bersaiz tabloid. Suratkhabar tu perlu dilipat dan dilipat. Mula-mula lipat 2, pastu lipat kecik lagi sampailah sebesar tapak tangan. Pehtu suami dan isteri kena berdiri atas kertas tu dengan syarat tak boleh terjatuh atau tersasar dari saiz kertas yang dilipat tu. Pandai-pandailah nak buat macamana. Lebih kurang 10 couple yang join sampailah tinggal 5 couple sahaja untuk saringan akhir. Tak sangka lak kitaorang dapat nombor 2. Hehehe…hadiah? Besa je..baucer carefour bernilai RM20.

Dah habis sukaneka, acara penyampaian hadiah. Setiap family dapat hamper dan door gift. Best! Lepas zohor, pergi Ladang Ostrich yang lebih 3km dari Tiara Beach. Pertama kali tengok ostrich. Besar burung ni. Kita boleh beri makanan tapi ada caranya. Kena letak jagung tu atas tapak tangan.  Macam ngeri tapi encik guider tu kata tu caranya nak beri makan burung unta. Kalau hulur dengan bekas makanan tu, risikonya putus jari.

Lebih kurang sejam kat situ rombongan kitaorang balik ke hotel. Lepas tu acara bebas. Aku ngan my adeng pergi minum petang. Malam, acara karaoke, cabutan bertuah dan tukar-tukar hadiah. Nasib baik peserta karaoke tak ramai. Dalam 10.30 acara dah habis.

Pagi Ahad, tak ada apa sangat. Lepas sarapan, semua staf ada ceramah kekeluargaan. Ahli keluarga kalau nak join boleh jugak tapi disebabkan aku nak melayan mata yang layu, aku balik tidur and my adeng pergi dengar ceramah. Teruk tak aku? Hehehe..tak apalah. Sekurang-kurangnya aku boleh mengemas baju dan barang-barang.

My adeng with his colleague, Nadzrul

Dekat pintu masuk Ladang Ostrich

Sian kat ostrich ni, bulu-bulunya dah banyak gugur

Masa untuk tengok ostrich lumba lari. Enjoy!

Present yang dibawak balik ke KL

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s