Promo Je Lebih

Sepatutnya kan…aku buat ulasan tentang buku kat blog aku ni. Tapi, kalau aku nak ulas aku suka tepek cover buku kat situ tetapi memandangkan aku tak scan lagi buku-buku yang aku baca, aku terpaksa la menangguhkan niat murni nak kongsi ilmu kat blog ni. Okey, kali ni masih lagi ulasan filem. Filem apa? Aku jarang tengok cerita Inggeris kat wayang. Entahlah, aku sangat bimbang kalau-kalau cerita yang aku nak tengok tu tak best dan tak berbaloi dengan tiket yang aku beli. Kalau ada pun, cerita Transformers1 dan 2. Pernahlah tengok cerita lain dan aku sangat tak puas hati dengan cerita tu. Kalau cerita ‘omputih’ memang aku sangat memilih!

Okey, aku nak cerita tentang cerita Evolusi KL Drift 2 yang tengah rancak ditayangkan sekarang ni. Aku boleh tengok cerita tu sorang-sorang sebab masa tu my adeng out station tapi dengan izin dialah. Dia bagi, aku pun kononnya nak tengok kat KLCC tapi fikir punya fikir aku takut sesat. Dah banyak kali pergi KLCC tapi tu my adeng yang bawak. Aku follow je. Bila nak drive sendiri yang tak confident. Kang entah jalan mana-mana yang aku masuk. So, ambil la keputusan tengok kat Galaxy MBO Ampang. Senang parking dan confirm tak ramai orang.

Aku sampai dalam pukul 10.45 pagi hari Ahad lepas. Sedang elok, aku beli tiket paling awal…11.30 pagi. Matlamat aku tengok lepas tu terus balik. Rasa janggal gak tengok sorang-sorang tapi redah jelah hehe. Dok rumah pun tak buat apa.

Apa komen aku? Aku terpaksa mengakui jalan ceritanya tak menarik hati aku melainkan kalau mungkin sedikit rasa kagum dengan kesungguhan si pengarahnya yang nak tampilkan aksi drift di jalan raya Kuala Lumpur. Bosan.. kes dadah, samseng, ugut-mengugut, cinta (yang jujurnya langsung tak dapat dirasai). Syamsul nampak kaku. Scha, bolehlah. Remy, ok. Aaron Aziz dan Shaheizy Sam aku rasa adalah pendukung cerita ni. Lakonan mereka sangat menjadi.

Tak ada rasa kepuasan tapi tak adalah rasa tak berbaloi. Sekurang-kurangnya aku tengok cerita Melayu walaupun orang kata cerita Melayu tak best. Dan aku pun tak adalah tengok semua cerita Melayu. Pilih tetap kena pilih. Kesimpulannya, aku rasa budak-budak muda akan suka sangat-sangat dengan cerita nih. Aku tengok pun bukan main ramai yang memuji melambung-lambung. Aku komen bukan sebab aku nak menjatuhkan industri filem Malaysia tetapi aku mahu sekali filem Malaysia terbitkan filem yang tinggi nilai ilmunya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s