Cikgu Saya

Tiba-tiba pulak teringat cikgu-cikgu masa kat sekolah rendah dulu terutama Cikgu Shahafuddin dan Cikgu Asiah. Cikgu Asiah adalah cikgu yang mengajar aku masa darjah 1. Cikgu yang mengajar aku mengeja dan membaca. Aku teringin sangat nak jumpa dia. Memang tak tahu dia kat mana sekarang ni.Aku tak ingat sangat kisah aku dengan Cikgu Asiah tapi aku tetap tak lupakan waktu dia mengajar dalam kelas. Terbayang-bayang!

Cikgu Shahafuddin pulak cikgu aku masa darjah 5 dan 6. Aku rapat dengan cikgu ni masa darjah 6. Ala..bukan rapat apapun, sebab mungkin aku murid paling baik dan paling pandai kat kelas aku hehe yeke? Biarlah kalau aku nak perasan pun. Dia memang cikgu paling best lah! Garang tapi ada masa-masa dia selamba bergurau je dengan kitaorang. Orangnya pulak tak tinggi, berbadan besar, hitam manis, berkaca mata dan nampak matang dari umur dia. Aku ingat, dia suruh aku dan kawan-kawan sekelas teka umur dia. Kitaorang pun tekalah berpandukan kepada muka dia tu. Sedih dia sebab kitaorang bagi umur yang lebih tua dari umur sebenarnya dia. Sorry, cikgu. Dah cikgu suruh teka. Kitaorang teka aje la.Aku tak ingat berapa orang anak dia masa tu.

Banyak kenangan aku dengan Cikgu Shahafuddin ni. Cikgu yang sabar mengajar aku, cikgu yang pernah hadiahkan aku jam tanganĀ  sebab aku dapat nombor satu dan cikgu itu jugalah yang pernah merajuk dengan aku sebab pernah satu hari aku tukar stail bercakap stail macam budak-budak nakal. Macam kurang ajar sikit kot. Mungkin dia nampak aku ni budak baik, jadi bila aku tukar stail bercakap macam tu yang dia tak boleh terima agaknya. Huhuhu. Confirm dia merajuk sebab masa jamuan akhir kelas darjah 6, kitaorang nak bergambar ramai-ramai dengan cikgu. So, ada satu space sebelah aku. Tapi dia tak nak duduk situ. Kecik hati aku. Kawan aku pun pandang muka aku. Pelik jugak kot sebab cikgu yang memang kamcing dengan aku tiba-tiba buat macam tu pulak. Aku memang terkenang-kenang peristiwa tu.

Cerita pasal jam tu, aku memang sayang bangat dengan jam tu. Sampai aku masuk kolej aku pakai jam tu. Serius, lama tak lama jam tu. Tapi sedih sangat sebab aku dah cicirkan jam tu kat asrama kolej masa sebelum cuti semester. Bila aku datang balik, tengok dah hilang. Tup-tup bila buka semester baru aku nampak seorang brother admin yang pakai jam tu. Sebijik dan aku sangat-sangat pasti jam tu jam aku tapi entahlah..menyesal pun ada sebab aku tak pernah mintak dengan brother tu sebab takut aku tersalah.

Lagi..lepas habis sekolah rendah, aku tak putus hubungan dengan cikgu sebab aku rajin hantar kad raya kat dia. Dan kebetulan pulak cikgu ni kenal dengan abah aku. So, setiap kali raya dia mesti bagi aku duit raya melalui abah. Wooo best tu. Lumayanlah untuk budak sekolah menengah. Maknanya dah hilanglah merajuk dia tu hehehe. Aku rasa dalam 2, 3 tahun aku still dapat duit raya daripada dia. Lepas tu kitaorang lost contact. Tahun bila entah aku teringat nak bagi kad raya kat dia. Masa tu dia dah jadi guru besar kat sekolah rendah tak jauh dari kampung aku. Aku happy dia appreciate sebab dia cerita kat abah dia tak sangka aku masih ingat kat dia. Hehehe. Cikgu yang dah banyak berjasa kepada aku dan kawan-kawan aku. Sampai bila-bila pun aku tak lupa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s