Buku, Buku dan Buku

Pesta buku…satu event yang sangat aku sukai. Buku adalah satu bahan bertulis yang memang sangat-sangat aku suka. Buku dan aku memang tidak boleh dipisahkan. Aku pun tak sedar sejak bila aku berkecenderungan sukakan buku dan suka membaca. Tetapi, tok dan ummi kata memang dari kecik aku suka membaca. Jumpa saja benda-benda dalam bentuk bacaan, aku mesti dok lepak membaca dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Hmm…aku pun ingat-ingat lupa. Aku rasa aku ada teringat la. Time kemas-kemas rumah, memang selalu jumpa buku ke, kertas, suratkhabar ke, majalah ke terselit sana-sini. Hah, aku pun apa lagi? Boleh tangguh sekejap kerja mengemas yang diamanahkan kepada aku sebagai kakak yang sulung ni.

Bahan-bahan bacaan aku tak terhad. Maksud aku, aku tak adalah layan novel cintan-cintun je. Aku baca kisah nabi, kisah tokoh Islam, sejarah, pengetahuan am. Cuma satu kelemahan aku yang aku masih bawak sampai ke hari ni ialah… aku tak dapat ceritakan semula apa yang aku kepada orang lain sepenuhnya. Bolehlah sikit-sikit. Aku tak ada kemahiran tu. Huhu. Sedih, sebab aku nak juga berkongsi ilmu yang aku dapat. Bukan tak boleh cerita langsung. Boleh,tapi tak macam sesetengah orang yang boleh cerita dalam bentuk penceritaan yang menarik. Tapi, aku still belajar kemahiran tu sebab aku tetap nak berkongi ilmu dan apa yang tahu dengan orang-orang sekeliling aku.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal Pesta Buku yang baru saja habis baru-baru ni. Kan best kalau pesta buku dibuat selama sebulan. Boleh aku kaji buku-buku yang ada kat pasaran sekarang ni. Kalau takat seminggu ni, bolehlah belek-belek lepas tu dah kena buat keputusan untuk beli ataupun tidak. Hehehe… nanti tak larat pulak penerbit-penerbit buku nak bayar sewa booth dan for sure, cepat la kempis beg duit aku dek penangan gilakan buku.

Tahun ni, aku tak berbelanja sakan macam tahun-tahun sebelumnya. Kenapa, ek? Aku memang dah siap kumpul duit untuk shopping sakan kat pesta buku tapi terpaksa dulukan duit tu untuk buat operation hari tu. Tak apalah, tahun-tahun lain ada  lagi. Ataupun beli terus kat kedai dioarang. Sebenarnya beli kat kedai penerbit lagi banyak diskaun yang kita dapat tau? Sebab tu my adeng selalu pesan dengan aku, kita ni berkawan dengan penerbit-penerbit buku ni. Bukan semata-mata nak beli buku dengan harga murah tapi yang pentingnya, networking tu. Huhuhu..sesuatu yang agak susah la aku nak buat sebab aku ni kadang-kadang jenis berat mulut. Lepas tu, malas nak terlebih peramah sebab aku ni kalau dah masuk roh peramah tu, kang terover pulak. Hehehe.

Cerita pasal koleksi buku, memang aku tak pernah kira la berapa buah buku yang aku ada. Tapi, banyak la. Campur yang kat rumah, kat pejabat lagi. Buku-buku my adeng lagi. Hmm…kira best la sebab my adeng pun suka buku. Maknanya dia tak ada halangan kalau aku nak beli buku banyak-banyak. Seronok! Buku kanak-kanak pun kitaorang buat koleksi kat rumah. Aku suka tengok buku budak-budak yang warna-warni tu. Ceria rasa hati.

Sekarang, buku-buku yang aku dah beli kat Pesta Buku aritu kenalah dibaca. Tak apa, baca pelan-pelan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s