Dinner@Grand Season

Nak tau..antara hasrat aku dolu2…nak sangat pergi kat Hotel Grand Season kat Jalan Pahang tu. Ntah nape. Nak kata hotel tu bertaraf 5 bintang tak juga. Agaknya sebab aku selalu lalu situ then aku pun pasang la angan-angan yang berkos sederhana nih. Aku ni kan seorang yang bersederhana dalam segala perkara. Hehehe, terpaksalah puji diri sendiri sekali sekala. Itu pun kira terapi untuk keceriaan.

Yelah, kadang-kadang tak payah berangan beriya-iya. Aku kira rezekilah bila dapat stay kat hotel ni. Percuma, tu yang best tu. Thanks to my adeng sebab selalu ajak aku stay kat hotel tu bila deparment dia buat program kat situ. Bilik dia, biasa je macam bilik hotel lain. Aku memang bersyukur sangat, bila aku kerja kat company aku sekarang macam-macam hotel aku dah dapat pergi. Aku rasa hotel paling mahal, Palace of The Golden Horses. Tapi, tulah…taste aku tak tinggi setakat berangan nak merasa dok hotel Grand Season je. Bagus tak aku?

Ok, sekarang cerita makan makan kat Grand Season. Ari Isnin lepas my adeng ajak makan malam kat situ. Sales manager kat situ selalu tanya dia bila nak datang hotel tu lagi? Boleh makan-makan. So, hari tu adalah harinya. Percuma juga..alhamdulillah. Macam biasalah, ada nasi dan lauk-pauk,  makanan laut yang dibakar, kuih-muih, pencuci mulut, yong taufu, buah-buahan, abc, aiskrim dan macam-macam lagi. Memang masa tu aku sangat lapar dan aku telah makan dengan penuh perasaan hehehe.

Jom, tengok gambar. Aku snap sikit je gambar sebab tak nak lah menampakkan sangat kejakunan aku.

Gambar pe ni? Hehehe

Kek coklat yang sangat yummy

Mi kari my adeng

Pencuci mulut..nice

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s