Pertama Kali ke IB

Kunjungan ke Istana Budaya @ IB memang tak dijangka. Hari Khamis aritu, adalah hari paling sibuk untuk aku. Pagi, siapkan kerja kat pejabat. Tetiba, Ila yang kerjanya memang buat liputan program dan suka terlibat dengan kerja-kerja luar ni ajak Jijie tengok pratonton teater. Jijie kata, dia tak dapat join sebab malam tu kena gerak pergi Teluk Intan. Aku ni dengan muka tak malu, cakaplah aku nak ikut. Pastu, Ila jawab ok. Nanti dia tanyakan kawan kalau ada tiket free satu lagi. Alhamdulillah, memang rezeki aku. So, kitaorang janji jumpa pukul 8.30 malam tu kat IB.

Lepas Zohor, aku, Jijie dan Nadiana gerak ke USJ. Ada temuramah dengan Penyelia Rumah Perlindungan Baitul Fiqh. Dah setel kerja, kitaorang gerak balik. Aku sampai rumah pukul 6.30. Aku memang dah mintak izin my adeng. Takkanlah aku nak pergi tanpa izin dia, kan? Dia pun nak balik lambat sikit sebab nak setelkan kerja. Ok, itu asal usul macamana aku dapat ke IB. Ni, pandangan aku tentang teater muzikal ANTARA.

1) Pembukaan yang sangat menarik. Aku kagum dengan set pentas. Teater bermula dengan sesi dialog Ketua Iblis yang berikrar akan menyesatkan umat manusia sehinga hari kiamat. Aku suka dengan lakonan ‘Ketua Iblis’ tu. Nama dia Azhan Rani. Lepas tu, keluar pulak Azizah Mahzan dari bawah pentas. Aku kan first time tengok teater so macam jakun sikitlah.
2) Pastu scene Adam dan Hawa di syurga. Dibawa oleh Fahrin Ahmad dan Nasha Aziz. Scene ni memang menyentuh perasaan. Aku dah bergenang air mata dah. Ya, manusia melakukan kesilapan dan bebanan kesilapan itulah yang terpaksa ditelan. Tengok kat promo, aku ingat diaorang ni watak utama. Tapi rupa-rupanya tu sajalah scene diaorang. Frust jugaklah.
3) Lakonan, ada yang bagus, ada yang ok. Secara keseluruhan, semua pelakon berusaha membawa watak masing-masing dengan baik.
4) Dialog dan ekspresi muka ‘Ketua Iblis’ kadangkala mencuit hati.
5) Nyanyian, tak boleh dinafikan sangat bagus. Yalah, tengoklah sapa yang join. Hattan, Jamal Abdillah, Azlan The Typewriter, Ziana Zain. Iqwal dan Wana tu aku tak sure siapa.
6) Masuk satu jam setengah, aku dah gelisah. Agak bosan. Rasa macam tengok konsert pulak.
7) Usaha dakwah melalui persembahan teater ni harus dihargai. Cuma, mungkin ada kekurangan apabila ada lontaran dialog yang sekadar dilontarkan. Tiada jiwa di situ.
Masing-masing ada pandangan sendiri. Kalau ada masa, aku akan tambah ulasan pasal teater ni.

2 thoughts on “Pertama Kali ke IB

  1. ngegeh says:

    kamek first masok IB taun lepas masa nangga konsert m. nasir. haha

    lakonan nasha dalam antara ya best x? mek minat nya aihhh

  2. ilhamfatihah says:

    X apat diexplain. Nya berlakon di sebalik tirai putih. X apt nangga mukanya. Just nangga lenggok bdnnya jak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s