Dengar Ni Ek?

Aku tak nak mengulas tentang isu pembuangan bayi yang tengah hebat keluar kat suratkhabar sekarang ni. Cuma nak berkongsi satu cerita yang memang aku tak dengar sendiri tapi diceritakan oleh seorang kawan my adeng. My adeng memang selalu banyak cerita. Kisah benar. Realiti tapi tak masuk dalam akhbar. Tak tahu macamana aku nak bagitahu betapa sakitnya hati aku dengan orang yang buang anak ni. Tolonglah! Ramai lagi kat luar sana yang susah nak mengandung. Dioarang ni pulak bukan main senang nak melekat pastu buang pun suka-suka hati.

Ok, berbalik kepada cerita tadi. Cik Kiah ni kerja kat satu klinik kat satu bandar kat Selangor. Satu hari, datanglah seorang budak sekolah dengan emaknya.  Memang dia pakai t-shirt dan seluar panjang. Muka memang muka budak. Sah, sekolah lagi. Cik Kiah pun beramah tamahlah dengan emak budak tu. “Kenapa dengan anak makcik ni?” Makcik yang nampak risau tu, menjawab juga. “Tak tahulah, misi. Dia kata dia datang bulan. Datang pulak sikit-sikit pastu tekak rasa loya. Nak muntah-muntah.” Cik Kiah macam dah tahu simptom tu tapi dia senyapkan jelah. Cik Kiah ambil ic budak tu. Kan betul? Budak sekolah.  “Tak apalah. Makcik bawak jumpa doktor.” Makcik tu mengangguk.

Time jumpa doktor, Cik Kiah ada sama dalam bilik tu. Makcik  tu pun ulang suara pasal keadaan anak dia yang sekali-sekala mengerut muka. Muka macam orang tahan sakit. Cita punya cita, lastly doktor pun explain. “Ni bukan darah period makcik. Ni darah orang lepas bersalin.” Pucat muka makcik tu bila dengar doktor cakap macam tu. Apa lagi dia mula soal siasat budak perempuan tu yang dah sama pucatnya bila tembelangnya pecah. Soal siasat saja tak cukup. Makcik tu amik handphone anak dia yang baru belajar kat tingkatan 4. Tingkatan 4 dah bersalin? Pelik ke tak pelik? Dalam dunia sekarang, dah tak pelik kot.

Dia bukak mesej dengan budak lelaki tu. Siap bagitahu..

Perempuan : Awak, saya dah selamat bersalin.

Lelaki : Macamana? Baby tu bernyawa ke x? Kalau bernyawa, tekup dengan bantal.

Sampai hati???
Akhirnya bayi yang tak berdosa tu, ‘dikebumikan’ sendiri di bawah pokok kelapa. Dia terpaksa jugak bagitahu kat mana dia buang bayi tu. Cik Kiah terkedu bila dapat tahu budak lelaki yang tak nak jadi ayah tu, kawan sekelas dia. Aduh!

7 thoughts on “Dengar Ni Ek?

  1. yatie says:

    Geramnya la ngan org2 mcm ni yang tak ada hati perut….semoga Allah bukakan hati-hati mereka ni ke jalan yang benar….amin..

  2. ilhamfatihah says:

    Yati:Dah bukan tahap geram dah, tie. Sakit hati, marah. Balas balik apa yang dia buat pada bayi tu.
    Hamba Allah: Memegang perkataan “BEBAS” dan “TAK TAKUT” ataupun “BERANI BUAT BERANI TANGGUNG”.
    Ngegeh: Kmk setujuuuu!!!

  3. ami says:

    dear ilhamgfatihah,

    boleh saya pinjam cerita anda ni dan repost di facebook saya? sebagai pengajaran. thanks.

  4. ami says:

    dear ilhamfatihah,

    boleh saya pinjam cerita anda ni dan repost di facebook saya? sebagai pengajaran. thanks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s