Kata mengata? Macam tak boleh lari dari kehidupan kita, kan? Ada orang boleh mengaku tak yang diaorang tak pernah mengata orang? Mungkin ada la tapi 1 dalam sejuta agaknya. Aku rasa tabiat ni macam tak boleh hilang dari kehidupan masyarakat kita yang memang sangat prihatin dengan dunia sekelilingnya, pasal jiran, kawan sekerja, orang tu, orang ni, kalau cita pasal artis apatah lagi.

Aku? Aku antara yang dalam sejuta tu la. Aku mengaku. Aku pernah usaha tak nak ngata orang tapi bila kita dah elok-elok berazam dan scuba buat senyap tanpa beri respon, kawan kita pulaklah yang dok cerita kat kita. Kadang-kadang, aku ni boleh jadi lurus bendul terlampau. Pantang orang korek sikit, mulalah buka cite. Kalau dah nama mengata mesti la yang buruk-buruk je, kan? Ish, aku tau salah dan terasa sangat bersalah kalau terus dengan tabiat ni.

Kalau nak cerita pasal diri aku…dulu, aku ni jenis yang memang tak suka ambil tahu pasal orang lain. Dunia aku hanyalah dunia aku. Time aku belajar, aku berkawan, aku memang ada group aku sendiri tapi seingat aku aku memang agak terpinggir. Sebab bila diaorang borak ramai-ramai, aku memang tak suka nak amik tau dan tak sibuk pun nak pasang telinga. Lagipun, aku tak reti berborak dalam suasana yang ramai orang. Aku tak pandai menyampuk.

Tapi, bila dah masuk alam pekerjaan,  aku berubah sikit-sikit. Suasana yang membentuk aku untuk berubah. Aku mula jadi orang yang suka menyibuk (tapi perubahan aku ni tak adalah drastik) dan mula belajar bercakap pasal orang lain. Tak baik, kan? Sepatutnya berubah ke arah yang lebih baik. Kadang-kadang aku ni memang  mudah terpengaruh dengan persekitaran. Best ke mengata orang ni? Hmmph…susah juga nak mengaku. Tak adalah best tapi masa bercakap pasal orang ni, jadi macam tak sedar diri. Dah lupa pada diri sendiri yang selalu juga buat salah.

Akhir-akhir ni aku selalu fikir macamanalah caranya supaya kita tak bercakap pasal orang lain?

2 thoughts on “

  1. Bercakap secara umum. Jangan ‘point’ kepada pelaku yang dikata. Memperkatakan tentang hal yang boleh kita jadikan pengajaran. Mungkin cara ini boleh dilakukan.

  2. yatie says:

    ye kak ct…sy pun ada azam nak tgglkan prkara2 ni thn ni tau, tp nampaknya setakat ni belum brjaya..susahnya la kn nak ubah sikap dan perangai buruk ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s