Apa Aku Buat

Hujung minggu selalunya my adeng dan aku bersarapan lambat sikit. Selalunya memang kitaorang makan kat luar. Hari Sabtu, aku dengan penuh kerajinan telah memulakan operasi melakukan kerja-kerja rumah lepas Solat Subuh. Kalau tidak, mahu aku terjun semula atas katil. Tak senonoh, kan? Aku bukak tingkap seawal pagi, siram pokok, basuh kain; cuci mesin dan cuci tangan, sapu dan vakum sampah dalam rumah, cuci bilik air, sidai kain. Lepas tu siap boleh buat sarapan lagi. Bukan makan roti bakar tau? Siap goreng mi lagi. Hmm..memang agak penat tapi sangat puas hati. Seronok rasanya tengok rumah cantik dan bersih.

Lepas makan, kitaorang lepak sekejap. Aku bungkus hadiah orang kahwin, my adeng lak boleh tidur lepas makan. Sabar jelah. Aku dah janji ngan adik aku nak pergi kenduri kahwin anak kepada sepupu abah kat Masjid Wilayah. Jumpa kat sana pukul 12. Aku siap bungkus hadiah dalm pukul 11 suku. Gosok baju pastu bersiap.  Sambil bersiap dok mengejutkan my adeng sampai dia bangun. Habiskan masa kat sana dalam sejam setengah. Makan dan beramah tamah dengan tuan rumah. Tak jumpa pengantin sebab pengantin tak sampai lagi.

Kemudian kitaorang balik. My adeng tanya ke mana kita lepas ni? Dia memang selalu macam tu. Padahal dia dah rancang nak tengok wayang, cite Adnan Sempit. So, tempat yang paling dekat ialah Brem Mall, Kepong. Sampai-sampai terus beli tiket. Disebabkan waktu tayangan pukul 2.20, kitaorang pergi sembahyang Zohor dulu. Cuak jugak aku sembahyang kat surau tu. Surau terang benderang tapi kedudukannya agak tersorok. Entah apa-apa je aku ni, kan?

Tengok cite tu, aku tak adalah gelak sampai sakit perut. Adalah kelakarnya tapi agaknya tak mencapai piawaian tahap lawak untuk aku walaupun satu panggung gelak besar. My adeng pun suka bangat dengan cite tu. Tak habis-habis cite pasal filem tu. Sampai mengulang-ulang dialog dalam tu. Tengok di sebalik tabir pun tergelak-gelak. Tengok budak motor, sampai cakap..nak jadi macam Adnan Sempitlah tu. Hehehe. Layankan jelah.

Habis tayangan pukul 3.50 petang. Kalau ikutkan my adeng nak berjalan lagi. Dia, kalau berjalan sehari suntuk pun tak apa. Aku katalah, aku nak balik. So, bersantailah kitaorang kat rumah. My adeng cari peluang nak keluar rumah lagi. Pelik juga aku, sebab dia memang kaki jalan. Dia kata dia memang tak boleh duduk rumah sangat. Pas maghrib, dia keluar nak pergi pasar malam pulak. Dia tak ajak so aku senyap jelah. Dia pergi sorang, sekejap je lagipun.

Pagi Ahad, aku agak malas. Lagipun kerja rumah semua dah setel. Rumah dah bersih, kan? Cuma…kain baju je tak berlipat lagi. Berlonggok dalam bakul dan bersidai kat penyangkut baju. Aku nak cari masa yang paling sesuai untuk lipat sebab aku suka lipat kain sambil tengok tv. Berkesan. Kalau aku tak tengok tv, lambatlah aku melipat.

Dah tau dah, memang akan bersarapan kat luar. Masuk kereta, my adeng ajak sarapan kat McD. Aku iyakan. Pas sarapan dengan harga yang  mahal tu, kitaorang gerak ke area Serdang. My adeng singgah South City Plaza. Rasanya tu area Balakong. Tak meriah sangat shopping complex nih. Tapi sempatlah aku membeli sandal. Then gerak ke Mines Shopping Fair. Kat sini kitaorang lama sikit. Dah banyak perubahan kat sini rupanya. Makin banyak kedai, makin cantik. Dah letih berjalan, kitaorang gerak balik rumah. Itu sajalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s