Tolonglah…Jangan Buang Sampah

Kenapa ya? Cubalah kita renungkan dengan mata hati yang terbuka luas tentang tabiat sesetengah manusia atau individu yang suka membuang sampah dari luar tingkap kereta. Mungkin apa yang aku coretkan di sini berbaur kemarahan tetapi memang tak salah kalau aku mengingatkan walaupun dalam nada yang mungkin tidak disenangi oleh orang lain. Ini juga satu kesedaran sivik. Memang dari dulu inilah satu-satunya tabiat yang memang aku tak boleh terima even my adeng yang buat. Aku terpaksa tegur dia bukan sebab aku nak tunjukkan aku ni terlalu hebat. Dan aku amat berharap pendidikan ini dapat aku terapkan kepada anak-anak aku nanti. Caranya, kalau makan dalam kereta..apa-apa bekas minuman ke, pembalut makanan atau plastik sampah aku simpan dulu dalam kereta. Dah sampai tempat yang kita nak pergi, ambil dan buanglah dalam tong sampah yang ada kat situ. Senang kan? Even kalau makan chewing gum. Dah habis kunyah buang dalam tisu. Sementara tu peganglah sekejap ataupun letaklah sekejap kat kaki ke kalau geli sangat nak pegang.

Kenapa? Ya, sebab pertama, kebersihan tu kan memang dituntut oleh agama. Tak kiralah di mana kita berada. Di rumah, di tandas awam, sekolah, panggung wayang. Tapi, kebanyakan daripada kita ni nak jaga kebersihan kat rumah saja. Rumah nak bersih dari sampah sarap, tandas nak suci murni dari segala kekotoran yang menggelikan, pakaian nak bersih dan harum. Tapi, bila kat luar rumah kita boleh dengan sesuka hatinya membuang sampah, gunakan tandas awam sewenang-wenangnya dan macam-macam lagilah. Sebab mind setnya, oh tak apa…ada orang cucikan. Ada orang yang akan kutip sampah-sampah tu. Huhuhu…sangat menyedihkan kalau mentaliti seperti ini berterusan. Sebab itu agaknya Malaysia ni tak macam kat Jepun atau Korea. Ya, kerajaan mereka mendidik rakyat dan yang paling penting rakyatnya mendidik diri mereka sendiri. Mereka cintakan negara mereka dan mereka bersama-sama membantu kerajaan menjaga kebersihan negara mereka.Tapi orang Malaysia?

Satu lagi, pasal makan kat kedai makanan segera ni. Sebelum ni, aku memang tak ambil kisahpun pasal ni tapi bila dengar cerita my adeng pasal kawan dia yang pernah ke Jepun, aku berfikir why not amalan ini diterapkan di Malaysia? Di sini, kalau lepas makan kita biarkan pinggan, sudu, kertas pembalut makanan bersepah atas meja. Lepas tu tinggalkan meja macam tu je. Tapi kat sana, kalau kita kita tak kemaskan meja kita, kita pulak yang kena panggil dengan pelayan tu. Dia akan suruh kita kemas dan buang semua sisa makanan yang ada tu. Mungkin orang kita termasuk my adeng menganggap..eh dah kerja diorang. Kita ni pelanggan kenapa pulak kita yang kena buat kerja tu? Satu perkara positif yang aku nampak, amalan tu sebenarnya mendidik kita. Dan aku belajar untuk terapkan dalam kehidupan seharian aku. Caranya, walaupun aku tak adalah sampai pergi buang sisa makanan tu sendiri tapi aku susun semua bekas dan sampah tu elok-elok supaya senang pelayan tu angkut dan terus buang. Tak adalah dia bertungkus lumus nak kutip, nak lap dan angkut. Aku kesian sebenarnya dengan orang yang bekerja sebagai pelayan ni. Kerja tak rehat lepas tu kadang-kadang siap kena marah lagi dengan pelanggan, dengan supervisor.

Sejak kecil aku diingatkan, di akhirat nanti kita tetap akan didakwa atas perbuatan kita membuang sampah tu walaupun sebesar zarah. Jadi, renung-renungkanlah. Ingatan untuk diri aku dan juga orang lain yang mahu berfikir dan mengamalkan.

3 thoughts on “Tolonglah…Jangan Buang Sampah

  1. haizad says:

    Ya betul… sakit jiwa tengok perangai orang yang suka-suka baling keluar sampah sesedap rasa. Nampak sungai jer nak buang sampah. Nampak parit nak buang sampah.

  2. ilhamfatihah says:

    Agaknya macamanalah lagi agaknya cara nak beri kesedaran kat orang-orang macam ni, ya? Kempen dah bermacam kempen tapi tak ada ksedaran dalaman memang susah nak jayakan.

  3. Md Jelas says:

    Salam
    Saya rasa ramai juga yang berperasaan macam saudara. Tetapi lebih ramai yang sebaliknya. Saya nampak budak sekolah pun buang sampah dari bas sekolah. Dalam kawasan sekolah saya nampak murid pandai guna tong sampah tapi diluar sekolah sebaliknya. Dulu ada kempen dalam bas sekolah ada tong sampah. Patut mulakan disiplin dari murid lagi. Saya harap ibu bapa ambil peranan mengingatkan anak mereka dan guru tingkatkan kempen. Gotong royong pungut sampah selepas perhimpunan pagi di sekolah boleh jadi pengajaran. Shabas teruskan kempen dan jangan jemu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s