Adik Aku…

Kenapa aku nak becerita pasal adik aku ni? Saja, nak kongsi tentang dirinya yang baru dirisik. Adik aku pendiam, sangat pendiam. tapi sekali dia bersuara…tajam menikam. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan perangai dia. Nampak macam tak berkawan tapi bila kau tengok facebook dia, boleh tahan jugalah tahap sosialnya tu. Maknanya pandailah juga dia mencari berkawan dan bergaul. Oh ya, adik aku ni perempuan. Muda 3 tahun daripada aku. Muka dia lebih kurang macam aku. Kalau kitaorang jalan sama-sama, mesti orang ingat kitaorang kembar. Cuma karakter saja la yang berbeza. Dia ni keras sikit, tahan lasak. Tak macam aku yang manja ni. Hehehe, manja ke? Abah cakap macam tu. Dari kecik sampai dia belajar, karakter dia memang macam lelaki. Cuma bila dah kerja barulah berubah ke arah keperempunan. Dah pandai makeup dan dressing. Aku sukalah tengok perubahan dia tu.

Ceritanya begini…minggu cuti Krismas tu my ummi call, cerita pasal ada orang merisik khabar anak dara abah. Dia tanya abah ada berapa orang anak dara. Ada orang tengah mencari. So, abah pun ceritalah begitu begini. Yang tanya tu wakil je bukan parent budak lelaki tu. Nak dipanjangkan cerita, mak budak tu mintak gambar adik aku ni. Peliknya, adik aku yang liat sebelum ni bab ni terus hantar gambar dia melalui telefon bimbit adik lelaki aku. Kemudian, dia pergi cucilah gambar tu nak ditunjukkan pada parent budak lelaki tu. Info ringkas yang aku tahu masa tu, budak tu kerja Petronas, selalu berulang alik dari KL ke KT, selalu fly pergi oversea dan sebaya dengan adik aku ni. Hmm, secara kasarnya macam dah ok.

Sambungannya…bila tengok gambar adik aku ni, mak dia memang dah berkenanlah kat adik ni. Bila dah macam tu, diorang cadang nak temukan adik aku dengan budak lelaki tu masa cuti tahun baru baru-baru ni. Kalau ikutkan aku memang tak ada plan nak balik kampung minggu tapi sebab nak support dia, aku pun bawaklah dia balik.  Dia nak balik sorang macam tak berbaloi pulak. Lagipun kereta dia dah kena servis. Tak berani nak bawak jauh. Bila dah balik, abah call wakil tu tanya kalau budak tu ada balik. Tunggu punya tunggu, diberitakan budak tu tak dapat balik. Lagipun dia baru balik kampung. Tak kisahlah tu sebab ummi kata elok kalau dapat tengok gambar dia dulu. So, wakil tu beritahulah kepada parent budak lelaki tu dan hari kedua di tahun baru tu, wakil tu datang ke rumah kitaorang.

Aku tahu walaupun adik nampak cool tapi sebenarnya dia berdebar hehehe. Bila wakil tu dah balik kitaorang adik beradik sibuk tanya ummi ngan abah sambungan seterusnya. Wakil tu kata, budak lelaki  tu tak sesuai dengan adik aku bila dia tengok adik aku. Abah aku kata wakil ni sedara abah juga dan ilmunya tinggi. Pandai tengok orang. Bukan tak sesuai apa, bila mak dia beritahu yang adik aku ni sebaya dengan dia, dia macam tak berminat. Ummi kata, dia tak tolak tapi dari cara dia bercakap kira boleh difahamilah. Wakil tu cerita, kalau ikutkan dah ramai dah budak perempuan yang dia kenal. Ada yang mak dia kenalkan, semuanya dia tolak. Ada juga yang dia bawa balik jumpa mak dia, mak dia pulak tak berkenan. Kesimpulannya, wakil tu kata budak lelaki tu sebenarnya tak tahu ciri-ciri isteri yang dia nak. Sebab tu tunjuk 10 orang pun, sepuluh-sepuluh orang tu dia tolak.

Sian adik aku ni. Tak apalah, dah tahu awal-awal macam tu lagi bagus. Daripada dia start berkawan tapi budak lelaki tu separuh hati. Lepas ni, mesti ada lelaki lagi bagus yang berkenan kat adik aku ni. Insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s