2010?

Sana sini orang sibuk ucap selamat tahun baru dan menyenaraikan azam yang mungkin belum tertunai pada tahun-tahun lalu dan azam yang ingin dicapai di tahun baru ni. Bagi aku, angka 2010 tu adalah  maksud bahawa umurku makin menginjak dan membuatkan aku memikirkan bahawa dunia ini makin tua. Cuma belum tahu bila penghujungnya kewujudan dunia ini. Walaupun orang kata umur tu sekadar angka tapi angka itulah yang menjadi penanda aras bahawa hidup ini tidak akan kekal.

Secara jujurnya, aku memang tak senaraikan apa-apa azam tahun ni. Hasrat untuk menambah ahli keluarga tu tak perlu dijadikan azam kerana itulah impian setiap orang yang telah mendirikan rumahtangga. Bila sentuh tentang kerja, aku rasa kerjaya aku masih belum stabil walaupun aku dah bekerja hampir 7 tahun. Banyak perkara yang perlu aku baiki untuk menjadikan aku seorang pekerja cemerlang dan diperlukan. Setakat ni aku rasa aku tidak menonjol di pejabat. Aku masih dibayangi dengan rasa tidak yakin terutama dalam memberi pendapat dan hujahan. Sesungguhnya banyak usaha yang aku buat untuk mencapai kepuasan dalam bekerja.

Hari ni pun, aku baru kembali ke tempat kerja setelah 2 minggu bercuti kat rumah. Aku dah cerita pun ke mana aku pergi selama 2 minggu ni. Kesimpulannya walaupun dok rumah tapi banyak tempat jugalah aku pergi waktu my adeng cuti. Kami pergi Johor masa Krismas yang merangkap hari ulangtahun perkahwinan kami, pergi Trolak (menginap kat Felda Residence Trolak yang cantik tu) dan sempat balik kampung aku kat Pekan nun. Dapat balik kampung, baru puas hati hehehe.

Duduk rumah, aku tak rajin pulak nak update blog. Masuk pejabat hari ni aku jenguk jap kat blog ni. Boleh tahan juga capaian blog aku ni. Blog aku ni memang tak enter frame kat mana-mana enjin carian sebab tu aku kisah sangat pasal capaian tu. Tapi bagi aku ini dah cukup ramai bagi blog yang malu-malu kucing ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s