Tambah Cerita

Dah lama juga aku tak update blog cayang aku nih. Memang tak sibuk sebab sekarang aku tengah habiskan cuti tahunan aku. 4hb Januari nanti baru masuk kerja. Tapi biasalah, malas nak update. Ingat ada cerita best nak cerita tapi cerita best tu tak sampai lagi kat aku. Sedih juga tapi bila fikir balik, memang belum sampai rezeki aku. Mungkin aku tak cukup berusaha.

Apa aku buat 2 minggu ni? Tak buat apa juga. Adalah sikit kerja yang aku rancang nak buat dulu dah dapat buat sikit-sikit. Alhamdulillah, berjalan juga. Lagi? Aku pergi kenduri kahwin kat JB. Bermalam kat rumah saudara (Umi dan Shahril) kat Simpang Renggam 25hb tu. Malamnya gerak ke Kampung Majidee, akad nikah. Lepas tu patah balik ke Simpang Renggam. Pagi esoknya bangun, my adeng kata pintu belakang kereta Iswara kena langgar orang. Pergi tengok memang teruk jugalah. Tapi nasib baik kena satu pintu je. Memang sah-sah orang depan dioarang yang buat. Aku tak puas hati kalau dia diam macam tu saja. Tapi nasib baik  Umi cakap, dia mengaku dan nak bayar ganti rugi. Alhamdulillah. Hari tu, kereta Kelisa kena langgar orang dari belakang. Sikit je tapi kena cat jugalah. Nasib baik juga budak UIA yang langgar tu jenis berduit. Dia yang bayar semua ganti rugi. Tapi tu lah, bila fikir-fikir balik, kenapalah agaknya Allah uji bila bila dua-dua kereta kena langgar dalam bulan yang sama. Selalunya dugaan datang dahulu untuk diberikan kegembiraan kemudiannya. Insya Allah. Amiiinnn.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s