Cuti tu Kena Rehat Ke?

11 hari aku tinggalkan opis hehe..tapi rasa macam sebulan aku cuti. Tapi best la cuti kali ni. Aku mula cuti dari hari Khamis sebelum Raya Haji aritu sampailah semalam. Habiskan cuti kat Pekan sampai Isnin. Pastu balik KL dengan anak-anak buah aku (Along@Alya dan Angah@Anis). Kebetulan dioarang cuti sekolah, aku angkutlah diorang ke KL. Saja nak bawak jalan-jalan.My adeng setuju. Ibu dan ayah budak-budak ni pun dah bagi permission dan adik aku pun sanggup hantar diorang semula ke Pahang.

Hari  Selasa, kitaorang gerak ke Bukit Fraser. Mula-mula my adeng ajak pergi bercuti lepas raya haji tu. Dia kata dia letih, asyik mengadap kerja saja. Macam biasalah, aku tak setuju sebab aku tak bajet pun untuk percutian hujung tahun ni. Lepas tu dia kata, aku ikut saja, semua dia support. Hehe, tak adanya begitu.  Ada juga kena keluarkan duit aku. Lepas tu dia kata nak pergi Pangkor pulak sebab kawan dia kata kawasan Fraser Hill tu berhantu.  Aku cakaplah kat dia, Insya Allah tak ada apa. Kitaorang pernah pergi Fraser Hill tu tapi dulu tu ramai-ramailah.

Disebabkan jalannya yang sempit dan berbengkang bengkok tu, 2 hingga 3 kali anak-anak buah aku muntah. Memang kena sabar layan kerenah budak-budak ni. Tapi seronok sebab rasa aku ni emak kepada 2 anak yang berusia 9 dan 5 tahun tu. Sekurang-kurangnya ada beberapa pengalaman yang aku dapat sepanjang bersama dengan diorang. Sampai kat sana, kitaorang pusing kat bandar kecil Fraser Hill yang kaya dengan bangunan unik dan seperti kat luar negara, kata si Along. Sementara dapat check in kat Rumah Peranginan Persekutuan kitaorang survey la tempat makan dan tempat jual souvenir. Lepas pukul 2, kitaorang gerak mencari rumah peranginan tu. 4 km dari pusat bandar tapi aku rasa jauhlah. Yalah, disebabkan jalan yang sunyi dan berhutan tu. Kat situ ada dua biji banglo 2 tingkat sahaja yang mana bilik kitaorang antara bilik-bilik yang ada dalam banglo tu. Confuse juga aku. Dalam banglo tu ada 6 bilik, 2 bilik kat bawah dan 4 bilik kat tingkat atas. Kitaorang dapat bilik kecil yang saiznya agak besar hehe. Banglo tu siap ada dapur yang memang boleh masak dan ruang tamu yang sangat besar. Satu bilik lagi memang besar dan dihuni oleh satu keluarga yang masuk pada hari yang sama dengan kitaorang. Nasib baik ada kawan. Kalau tidak terkontang-kantinglah kitaorang 4 beranak dalm rumah yang besar tu.

Masuk bilik, kitaorang lepak-lepak dulu. Bilik tu ada dua katil single. Nasib baik aku teringat nak bawak totoo, bantal dan selimut untuk Along dan Angah tidur. My adeng siap bentang totoo tu awal-awal kat depan tv. Bukan main seronok budak-budak tu. Dah lepas sembahyang baru kitaorang keluar semula. Cadangnya nak pergi mandi air terjun. Ingatkan dekat tapi  Tuhan saja yang tahu betapa cuaknya aku sepanjang perjalanan tu. Memang tak ada sebiji kereta pun turun ke situ.  Bangunan sebiji, 2 biji macam tu je. Lepas tu memang hutan banat kiri kanan. Aku tengok jam masa tu pukul 5. 30 petang. Memang sangat sunyi dan merisaukan. Jalannya pulak kena menurun. Jalan nak ke air terjun ni bukan jalan kitaorang naik tadi tapi jalan lain. Aku rasa macam jalan belakanglah. Aku risaukan budak-budak berdua tu. Sampailah jumpa satu signboard 1 km lagi, my adeng jalan lagi. Tapi sampai 1 kilometer, air terjun tu tak nampak-nampak juga. Bertambah-tambah cuak aku. Aku suruh my adeng patah balik. Aku dah risau tahap melampau dah ni. Kitaorang patah balik. Dah tu pulak, Angah muntah lagi. Memang dah prepare plastik so, suruh dia muntah dalam plastik. Uiii….tak sanggup aku nak berhenti tepi hutan tu. Lama gaklah dia pegang plastik tu sampai nak menangis la. Kelakar pulak aku tengok. Mesti dia geli. Kalau ikutkan aku suruh campak tepi hutan tu je tapi my adeng tak beri. So, kitaorang berhenti kat satu tempat rekreasi kat pusat bandar tu. Lega rasanya bila dah lepas naik.

Lepas tu, kitaorang berhenti kat kedai runcit beli stok makanan. Makanan ringan, air, maggi, biskut. Along dengan Angah memang kuat makan hehe. Malam, memang kitaorang duduk dalam bilik je. Hujan pulak tak berhenti-henti turun malam tu. Tak adalah nak keluar pergi cari makan malam. Dahlah nak turun tu, jauh jugak. Sebenarnya segan nak guna dapur sebab akak biliK sebelah tu siap masak lagi. Tapi dah budak-budak tu asyik tanya bila nak masak maggi. So buat selamba sajalah. Akak tu baik siap pelawa ayam goreng yang dia masak tadi. Lastly, Angah yang santap ayam goreng tu. Okeylah rumah peranginan ni. Ada pinggan, cawan, periuk nasi, cerek tapi bahan-bahan mentah tak adalah. Ruang makannyalah siap ada meja besar yang 12 kerusi tu. Kena bawak sendiri. Aku tak tahu kalau tidak, boleh jugak bawak sikit-sikit. Akak tu yang bagitahu, semua rumah peranginan ada kelengkapan macam tu kecuali rumah peranginan kat Cameron. Hehehe.

Malam tu, makan maggi sajalah kitaorang 4 beranak. Malam tu, semua tidur depan tv. My adeng siap angkat tilam letak depan tv. Nak tidur atas katil, aku pun rasa macam seram-seram je. Aku tersedar bila rasa Angah macam tak boleh tidur. Macam gelisah. My adeng tak tidur lagi. Masa tu aku tak tahu kenapa dia tak tidur-tidur lagi. Semalam baru dia cerita kat aku. Dia terbayang-bayang, apalah agaknya yang akan jadi kalau kitaorang jumpa air terjun tu dan mandi pula kat situ. Sebab aku dah cerita kat akak tu pasal kitaorang nak pergi air terjun tu masa aku kat dapur. Bila dia kata, orang memang tak sarankan pergi air terjun tu aku jadi macam seram sejuk pulak. Ya Allah, itulah agaknya hikmah Allah tak bagi kitaorang jumpa tempat tu. Malam tu kitaorang tak tutup tv sebab tak mahu suasana terlalu sunyi.

Pagi esoknya dalam pukul 10 lebih, kitaorang check out. Kat Fraser Hill ada timing untuk naik dan turun. So kitaorang turun awal sikit, nak waktu turun antara pukul 10 – 10.40 pagi. Dalam perjalanan pulang, Angah saja yang muntah. Along pulak pening-pening je. Siap dia tanya, bila nak sampai jalan lurus ni? Tergelak aku dengan my adeng. Sian pulak kat diorang. Kesimpulannya, tobat aku nak  pergi Fraser Hill lagi. Sebabnya, perjalanannya yang melalui jalan sempit dan berbengkang-bengkok, tak ada apa sangat kat atas tu. Setakat nak rehat semalaman, bolehlah. Lagi satu, disebabkan suasananya yang agak seram tu lah.

Hari Khamis, my adeng dah mula kerja semula. Cuma aku yang habiskan masa dengan budak-budak tu. Hari Khamis aku bawak diorang pergi Alamanda sekali dengan adik aku. Hari Jumaat pulak ke Aquaria yang dipanggil Angah “Korea” hehe. Jumaat malam tu, diorang balik Pahang dengan adik-adik aku. Rindu pulak rasanya kat budak-budak tu.

2 thoughts on “Cuti tu Kena Rehat Ke?

    • ilhamfatihah says:

      Takpe, pergi je. Tu pd pandangan saya la. Mungkin time kitaorang pegi time hujan. Hari pun redup dan gelap je. Tu yang rasa seram kot. Tapi honestly malam tu kat bilik memang betol. Anak sedara saya tak lena tido.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s