Cuti dan Raya

Tinggal sehari saja lagi untuk aku bercuti untuk sambutan hari raya Aidiladha. Seronok rasa nak balik kampung aku walaupun keadaan musim tengkujuh sekarang ni memang merisaukan. Tapi tak apa, selagi tiada makluman penutupan jalan ke rumah aku kat Pekan tu, insya Allah kitaorang boleh balik dengan selamatnya. Dua tahun lepas memang kitaorang raya kat KL saja. Masa tu jalan memang dah tutup. Nak balik boleh tapi risiko sikitlah sebab kereta kena tinggalkan tepi jalan. Lepas tu naik bot hingga ke tempat yang tak dinaiki air. Yang pasti tahun ni aku boleh balik kampung tahun ni. Lagipun, aku  ada buat korban sikit tahun ni. Ada rasa teruja sikit…

Sambutan raya haji memang sederhana. Baju pun kitar semula baju raya puasa lepas. Lagipun bulan ni banyak nak pakai duit. Kereta Iswara aku tu dah kena diperbaharui road tax dan insurannya. My adeng pulak ajak bercuti. Dia cadangkan ke Bukit Fraser tapi ada apa kat situ ek? Aku macam biasalah…macam tak nak je. Yalah, takut tempat tu boring. Tempat tu bukan macam Cameron yang ada tempat shopping dan jalan-jalan. Aku pun tak pasti apa yang menarik kat situ. Aku cakap ngan my adeng, kalau dia support semua sekali aku dengan berbesar hati bersetuju dengan rancangan dia hehehehe…

Barang-barang nak bawak balik kampung pun tak ada sangat. Mungkin sikit saja untuk buah tangan. Ummi aku tak bagi beli kuih-kuih dah,  takut nanti tak ada sapa nak tukang habiskannya. Nanti kena sedia duit untuk beli barang-barang mentah buat makan pagi raya dan BBQ malam Ahad nanti.

Hmm…nanti aku update pulak cerita aku balik dari kampung. Kalau Allah beri aku kekuatan, aku nak pergi tengok orang sembelih lembu nanti. Teringin tapi tak sampai hati nak tengok. Sian…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s