Diri Yang Perlu Sabar

Musim banyak macam musim. Ada musim buah, banjir, orang kahwin dan musim orang mengandung pun ada. Kat pejabat aku ni memang ramai ibu-ibu  yang sedang mengandung. Rasanya kebanyakan mereka ni, dah peringkat menambah sekarang ni. Yelah ada yang ngandung anak kedua, anak ketiga. Alahai…seronoknyalah. Ada juga yang dah selamat bersalin pun.

Tapi yang nak kongsi kat sini pasal kawan aku yang aku panggil Eton ni. Hehehe..tak adalah aku nak cerita banyak pasal dia sebab dia pun dah bercerita kat blog dia. Aku nak wish TAHNIAH kat dia sebab dah berjaya mengandung kali ke-2. Sampai juga hajatnya, ya? Aku jugalah yang masih terus berusaha dan menanti.

Malam semalam aku ke Balakong, rumah seorang saudara. Tujuannya nak melawat mak saudara my adeng yang datang ke KL minggu lepas. Hari ni dia dah nak terbang balik ke Sarawak. Dalam pukul 9.40 malam kitaorang gerak dari rumah. Perut memang kenyang sebab aku sangat rajin nak masak malam tu dan kerajinan aku berbaloi sebab dapat pujian daripada my adeng. Aku tak adalah masak yang luar biasa pun. Memang menu yang selalu dan memang favourite my adeng iaitu sup ayam. Tapi, mungkin sebab aku masak dengan keikhlasan…jadi rasanya luar biasalah hehehe. Agaknyalah, ya?

Bila sampai sana, makan lagi. Tapi yang hairan bin ajaibnya aku boleh makan lagi tu. Ada Sate Kajang, kue tiau goreng, nasi impit, kek lapis Sarawak uuiiii memang mewahlah perut aku semalam. Cuma sebab aku kenyanglah tu, kalau tak mahu banyak juga la aku mengadap sate tu. Kuat makan rupanya aku ni, ya?

Tuan rumah tu namanya Nasron. Dah ada dua anak pun tapi aku tak dapat jumpa anak-anaknya. Yelah, datang dah malam sangat. Baby mesti tidur awal. Dia ni kahwin lebih kurang tarikh dengan aku saja. Tapi yelah rezeki dia sampai awal. Yang menjadi aku ingat sangat kat dia ni sebab dua kali dia tanya my adeng pasal anak ni. Kali pertama bila kitaorang baru sampai, dia tanya, sini anak kitak duak orang? my adeng macam biasalah jawab dengan senyum, belum ada lagi tapi dia macam tak dengar saja apa yang my adeng cakap. Aku pun menyampuklah, anak? belum ada lagi. Jawab dengan senyum lagi tu. Situasi macam tu walaupun dah biasa dihadapi tapi tetap sensitif jauh di sudut hati aku ni. Kali kedua, dia tanya lagi my adeng, nang sik pernah mengandung gik kah? my adeng gelak-gelak, belum. belum pernah gik. Aku tengok muka Nasron pun macam confuse je. Tak tahu kenapa.

Bermula dari saat itu, aku pun membuat kesimpulan yang mamat itu memang mengutamakan kehadiran zuriat dalam kehidupan berumahtangga. Aku bukan benci pun kat dia. Tapi, tulah..manusia ni kan? Bila tak ada anak lagi, itulah soalan popular yang akan ditanya. Aku pun tak kira dah berapa orang dah bertanya pasal hal ni. Kalau tanya dan pujuk kita balik tak apalah. Ni ada yang tanya dan buat hati kita rasa ngilu saja. Tak apalah. Apa yang penting… S.A.B.AR.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s