Turun Naik Seorang Aku

Rasanya dah lama sangat aku tak mengadap blog aku ni dengan sepenuh jiwa. Tak ada mood nak layan. Nak kata kerja banyak, memang tak banyak langsung. Aku ni dah ibarat kerja tapi macam tak kerja. Datang kerja setiap hari tapi 9 jam kat pejabat tu hanya ada satu atau dua kerja yang aku buat. Kerja yang boleh aku bereskan dalam masa yang singkat sahaja. Ataupun kadang-kadang aku datang kerja tanpa melakukan apa-apa kerja. Hanya mengadap komputer dan layan ym, facebook, blog dan apa-apa laman web. Cuma kalau aku dalam mood yang rajin, aku akan penuhkan masa dengan membaca buku-buku yang bersusun atas meja aku ni. Bersusun tapi tak ada satu pun lagi yang khatam. Tulah..membaca ikut mood dan kerjaya terasa langsung tidak mencabar.

Aku ni..memang tak habis-habis mengeluh. Rasanya dah banyak kali aku masukkan entri tentang kebosanan dan keluh kesah aku ni. Tak apalah..aku ni orang yang sabar agaknya sebab tu aku diberi ujian kehidupan dalam bentuk begini. (Belajar untuk positif). Hati aku ni memang terasa sesuatu yang membeku tetapi aku tak dapat luahkan di sini. Dan sampai waktu ni idea aku dah putus. Aku terpaksa berhenti kalau tak lagi merapu aku menaip kat sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s