Papadom@weekend

Hujung minggu yang lalu, aku sangat teruja nak tengok filem Papadom arahan Afdlin Shauki tu. Sebelum ni, aku tak layan sangat filem Afdlin, mungkin tak kena dengan citarasa aku atau aku jemu tengok pelakon yang sama dalam filem-filemnya. Mungkin kerana filem ni filem terbaik dalam Festival Filem yang lalu atau disebabkan aku tengok di sebalik hari tu aku terus jatuh cinta dengan cerita tu.

Selalunya jarang, rancangan menonton wayang ni datang daripada aku tapi pagi Sabtu tu, dengan muka penuh harapan aku ajak my adeng pergi tengok wayang. Mula-mula my adeng kata petang dia nak pergi rumah kawan dia. Aku jadi kecewa sikit. Pastu aku cakap dengan dia, tak apalah kalau tak ada masa. Bila dia tengok air muka aku, dia kata tak apa sempat kot.  Pas sarapan yang agak lewat pagi Sabtu tu, kitaorang terus ke MBO Galaxy Ampang. Check punya check, waktu tayangan pukul 11.45 pagi. My adeng kata, lambat sebab ada masa lagi sejam. Aku tak berganjak pun dari situ. Dia macam tak nak tengoklah tapi sebab aku beriya sangat nak tengok, aku tercegat je depan board yang senaraikan filem tayangan hari tu hehehehe. Then dia kata, kalau nak tengok jomlah beli tiket. Hehehe, seronok gak kita yang ajak tapi dia yang bayar tiket. Sementara tunggu cerita tu ‘on’ kitaorang pergi window shopping dalam Galaxy Ampang tu. Tempat ni sebenarnya tak meriah pun sebab banyak sangat ruang kosong yang tak diisi. Tapi mungkin still boleh survive sebab ada MBO Cinema dengan Pasaraya UO tu. Kitaorang suka gak tengok wayang kat sini sebab tak sepadat kat KLCC atau Midvalley.

Berbalik kepada cerita Papadom tu, aku bagi 4 1/2 bintang kepada keseluruhan tenaga produksi, pelakon, skrip, lakonan pendek kata semualah. Aku boleh nangis sepanjang cerita tu. Tak tahulah kenapa tersentuh sangat hati aku ni. Cerita ni very touching. Kisah seorang papa yang terlalu kasihkan anaknya. Aku tak reti nak hurai dari sudut pandangan orang yang arif tentang pembikinan filem tapi sebagai penonton aku suka filem ni. Berbeza dengan filem-filem Afdlin sebelum ni. Aku paling suka lakonan Que Haidar dan Norkhiriah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s