Nak Mulakan Projek

Tahun ni aku sangat bercita-cita untuk menulis. Aku rasa dah tiba masanya aku penuhkan masa aku dengan sesuatu yang bermanfaat selain daripada membaca buku dan melaksanakan kerja-kerja rutin aku. Kadang-kadang tu sampai rasa dah tak apa nak buat. Tak patut macam tu sebenarnya, kan? Dek kerana minat aku yang mendalam dalam penulisan kreatif, elok sangatlah aku mulakan projek aku ni sekarang. Dah lama sangat aku relaks. Yelah, dah hampir 4 tahun usia perkahwinan aku dengan my adeng dan aku redha Allah masih belum kurniakan zuriat sebagai tanda cinta kasih kami. Selama ni, aku jalani kehidupan dengan lakukan tugas sebagai seorang pekerja di sebuah institusi, sebagai seorang isteri, seorang muslim yang kadang kala tergelincir dalam amalan dan ibadahnya, sebagai seorang anak. Ada juga perkara-perkara dari kebiasaan yang aku buat, macam masuk pertandingan menulis tapi sekerap manalah. Kalau aku rasa ada pertandingan yang menarik dan aku mampu buat, aku akan join. Mungkin inilah masa yang terbaik! Aku amat berharap usaha aku ini akan membuahkan hasilnya suatu hari nanti! Insya Allah.

Langkah pertama, aku nak survey novel yang menjadi kegemaran pembacan sekarang ni. Aku nak baca dan tengok gaya bahasa dan olahan penulis yang sedia ada. Ops, bukan nak meniru tapi nak tengok bagaimana tulisan mereka tu mampu boom di pasaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s