Cerita Raya Siri II

Actually raya kat Sarawak ni sama saja macam tempat lain. Cuma apa yang aku teliti, diorang ni bila pagi raya tak adalah sibuk nak makan ketupat ke, rendang ke, nasi dagang ke. Maknanya diorang tak ada juadah utama pada hari raya pertama tu. Tapi, ada juga sesetengah rumah yang buat. Itupun yang aku tahu diorang tu pernah duduk semenanjung.

Diorang ada juga ketupat, ketupat diorang ni lain sikit patternnya. Pertama, dibuat dari daun nipah yang kedua direbus dalam santan. Rasanya sedap juga tapi tak ada lawan nak makan dengan apa. Bila aku tanya my adeng, ketupat ni sedap makan dengan apa? Dia kata apa-apa pun boleh. Aku pun dah belajar buat ketupat ni tau. Lagi satu namanya kelupis. Dibuat dari pulut jugak dan  rasanya lebih kurang macam ketupat palas tu la tapi bentuknya lain sikit. Pastu ada bahan tambahan lain tapi aku tak pernah tanya lak mak mertua aku cara membuatnya hehe. Ia dibuat panjang, lebih kurang sejengkal camtu la dan daun tu diikat dengan tali rafia. Rasanya sedap juga. Kalau rindu nak makan ketupat palas boleh ganti dengan ketupat ni. Kalau aku, aku makan ketupat ni dengan rendang daginglah. Ada sekali aku cicah dengan susu, tu pun sebab ikut my adeng. Kadang-kadang dia makan dengan seri kaya. Sedap kot. Aku tak tahulah juga kalau kelupis ni ada jugak kat negeri lain.

Kelupis

Kelupis yang siap dipotong

ketupat sarawak

ketupat sarawak yang sudah siap direbus

Hidangan paling banyak ada kat setiap rumah dah tentulah kek lapis yang berbagai corak dan warna. Ada yang rasanya lain-lain dan ada juga rasanya lebih kurang hehe. Kek ni ada yang dibakar dan ada juga yang dikukus. Tahun ni, aku kurang sikit makan kek ni tak seperti tahun pertama aku beraya kat sana dulu. Mungkin dah jemu atau rasa kek ni senang nak dapat. Kat semenanjung memang susah tapi mak mertua aku memang tak pernah lupa kirim kat kitorang kalu kitorang tak raya sana. Baik kan mak mertua aku? Aku rasa takat ni ummi aku dan mak mertua aku adalah the best mother in law in the world! Betulll…serius..

kek lapis mak

Lagi satu, minuman utama diorang ialah air gas aka air berkarbonat aka air meces (kata orang sana). Air tu memang la sedap tapi untuk menjaga kesihatan, aku memang kurang minum air tu. Kalau pergi rumah orang tu aku minum sikit-sikit je. Diorang paling suka minum soda bikarbonat. Tapi perisa lain pun ada juga. Yang aku tak tahan tu, coke. Yang pakcik, makcik pun boleh layan coke ni. Uish, terasa ketajamannya mencucuk perut. Ada sekali tu, ada satu family datang beraya. Kebanyakannya orang yang dah berumur lah. Aku pun terajin buat teh 0 panas. Yelah manalah tahu kalau diorang tak nak minum air gas tu. Pak mertua aku sound, suh aku hidangkan air gas tu je. huhu.. memang yelah…air teh aku tu memang tak berusik pun cuma adalah seorang akak tu je yang minum. Kira pengalaman la, dapat tahu cara dan budaya orang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s