Cerita Raya Siri 1

Sebelum ni aku ada beritahu kan, aku balik ke kampung suamiku tahun ni. Sebagaimana biasa, kami akan mencari waktu untuk balik ke kampungku terlebih dahulu dalam bulan puasa. Lama aku kat kampung mertua aku, 13 hari kat sana. Memang nampak macam raya sakan tapi tak adalah sakan mana pun hehe. Dan selalunya lepas tu, kami akan kembali pula ke kampung aku. Tapi disebabkan my adeng dah mula sibuk dengan kerja-kerja pejabatnya kenalah aku redha untuk tangguhkan perjalanan balik kami ke timur.

Kalau balik kampung my adeng, memang kitaoranglah yang bertanggungjawab memikirkan apa menu yang kitaorang nak santap pagi raya tu. Mak mertua aku memang tak kisah. Part dia dah habis. Banyak juga kek dia buat tahun ni. Kagum betul aku! So, kitaorang sepakat untuk sediakan mi kari dan rendang daging. Menu ni memang kurang dapat sambutan orang-orang kat sana dan akhirnya memang tak habis. Aku pun dah cuba nak habiskan tapi tak berjaya juga. Buang macam tu saja. Sedih betul rasanya. My adeng la..sibuk nak masak banyak. Lepas ni, aku cakap kat dia tak payah masak banyak-banyak lagi. Membazir je.

Pagi raya, macam biasa…kitaorang pergi sembahyang raya. Sebelum pergi kena sediakan duit kecik seringgit untuk sumbangan kat masjid. Pertama kali raya kat sana dulu, aku tak tau sebab my adeng tak pernah cerita pasal tu. Sib baik mak mertua aku murah hati hulurkan duit dia hehehe. Lepas sembahyang singgah rumah sedara yang dekat-dekat. Aku kat kat sini memang klaka (cakap) Sarawak. Hehe…tapi tak sepenuhnya la sebab ada lagi vocab yang aku tak tau. Still learning. Adik ipar aku sembahyang raya kat kampung tu tapi pastu lesap semula ke kampung isterinya. Tak jauh pun setengah jam perjalanan je. Memang tulah kebiasaannya.

Pastu balik rumah dan lepak tunggu adik ipar aku balik. Dia nak raya sekali. Dah lepas salam-salam tu, kitaorang beraya rumah sedara mara lagi. Hmmm..kiranya biasa saja sambutan raya kat sana walaupun orang kat sana akan berpakaian baju melayu sepanjang seminggu raya tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s