Tenang Yang Didambakan

Hari ini sudah menjengah ke hari ke-4 Ramadhan. Bagi sesiapa yang menghitung hari pasti merasakan masa itu terlalu lambat berlalu. Namun bagi sesiapa yang ingin mengisi ruang Ramadhan itu dengan perkara-perkara yang benar-benar bermanfaat, ingin sekali jarum masa itu bergerak perlahan. Waktu berbuka adalah waktu yang amat dinantika bagi orang berpuasa. Yalah, dah seharian berlapar dan menahan dahaga apatah lagi dihidangkan dengan pelbagai juadah yang membuka selera perut yang kosong.

Tahun ni, banyak juga cerita yang aku dengar tentang orang-orang yang langsung tak berpuasa di bulan Ramadhan ini. Kita tolaklah yang uzur dan sakit, yang tidak dibenarkan berpuasa itu. Ini, bagi individu yang sihat walafiat tetapi tidak mempunyai jati diri untuk melaksanakan rukun Islam ketiga itu. Pelik sebenarnya, entah apa yang mereka rasa agaknya, ya? Seronok ke? Ada yang kata memang dia tak boleh berlapar. Dia langsung tak tahan. Kemudian dengan selambanya makan di kedai mamak. Alahai..sedih mendengarnya.

Sebab tu aku rasa macam…orang-orang yang membeli di pasar Ramadhan tu semuanya berpuasa ke? Aku jadi macam curiga pulak walaupun aku tahu itu amalan masing-masing tapi sedih kerana orang Islam mengamalkan cara sebegitu. Semalam pula, aku temankan my adeng ke carrefour lepas sunat Tarawih. Boleh tahan juga ramai orang kat Carefour. Aku bersangka baik yang mereka ni telah menunaikan solat sunat Tarawih.

Bilalah agaknya suasana macam tu akan berubah? Manalah tahu, kita boleh tengok masjid berlimpah-limpah dengan jemaah sampai akhir Ramadhan. Ini agaknya salah satu punca kenapa umat Islam berpecah belah? Umat Islam lebih pentingkan keseronokan dan perkara yang menyenangkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s