Definisikan Ramadhan Anda

Ramadhan datang lagi. Sebenarnya apa yag harus kita rasa? Ya, kita harus gembira dengan kehadiran bulan penuh kemuliaan ini. Menantinya dengan rasa debar kerana di dalamnya penuh janji Allah buat hamba-hambaNya yang sentiasa merayu memohon keampunan, keinginan dan hajat dalam meneruskan nafas di dunia milik-Nya. Setelusnya aku rasa tenang mengingatkan suasana yang hadir sepanjang sebulan ini. Suasananya lain, tenang dan mendamaikan. Tidak sama seperti bulan-bulan lain. Saban tahun harapan aku ialah untuk menunaikan ibadah puasa yang lebih dari tahun-tahun sebelumnya.

Cuma, hehehe…aku dah mula risau bab nak menyediakan juadah berbuka puasa. Patut ke? Kalau tahun lepas, my adeng tak bagi masak kalau hari bekerja. Katanya, tak berbaloi balik kerja penat-penat pastu nak masak pulak. Tapi, tahun ni aku nak cuba memasak sebab aku bajet, kalau aku balik dari tempat kerja pukul 4. 30 petang, dalam pukul 5 atau 5 lebih aku dah sampai rumah. Masih sempat kalau nak masak. Hmmm..kena tengok macamana nanti. Harap-harap tercapailah hasrat aku ni. Hehehe.

Aku juga berharap tarawih aku lebih baik pada tahun ini. Macam tahun lepas, rasanya aku ada tinggal sehari ke 2 hari. Masa tu dah hujung-hujung Ramadhan. Yalah, dah sibuk shopping barang raya sampai malam. Ish, kalau dah shopping langsung tak ingat. Huhu, terkilanlah jugak. Sebab tu tahun ni nak up grade lagi darjah penghayatan Ramadhan. Kalau bab berbelanja, rasanya aku ni bukan jenis makan macam-macam waktu berbuka. Cukup ada kurma, lauk, gulai, air sejenis dan  kuih sejenis. Kuih memang confirm beli melainkan kuih buah melaka bolehlah buat sendiri. Hehehe. Apa kata belajar masak murtabak. Ok tak?

Ramadhan buatku adalah bulan yang mendamaikan hati dan perasaan. Banyak kebaikan cuba dilakukan dan kita sedaya upaya untuk mengelak daripada melakukan perkara negatif. Kekuatan yang amat maksima. Semuanya untuk ganjaran yang disediakan oleh-Nya. Alhamdulillah kerana aku bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Menghirup udara Ramadhan, masih berkesempatan memohon keampunan daripada-Nya setiap detik dan setiap saat. Terima kasih, ya Allah. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s