Rasa Itu, Rasa Ini

Minggu ni aku masih belum mencoretkan sesuatu pun di dalam blogku ini. Ketandusan idea? Kesibukan dengan kerja-kerja pejabat atau malas menulis di sini? Apa yang aku pasti, aku seolah-olah tidak memiliki sebarang percambahan idea untuk dicatatkan di sini. Cuma kebelakangan ini, aku banyak meninjau ke blog-blog orang lain yang aku lihat lebih aktif dan berinformasi. Aku sering membandingkan blog aku dengan mereka. Tak tahu kenapa, aku jadi rendah diri. Huhu, usah diikut rasa itu. Bukankah masing-masing ada kelebihan sendiri?

Hmm…bulan Ramadhan pun dah hampir tiba. Sekejap sahaja masa berlalu. Aku menjangkakan bulan puasa ni pun tak terasa sangat. Sekejap saja dah raya. Balik kampung, beraya. Kemudian mula sibuk ganti puasa dan puasa sunat Syawal pula. Sibuk juga dengan rumah terbuka dan makan-makan yang menggemukkan. Bercerita pasal hari raya, aku dengan my adeng tak beli baju raya pun lagi tahun ni. Aku tak excited pun nak sambut raya tahun ni. Mungkin sebab balik kampung mertua ke? Ish..tak jugak. Kampung suami aku, kampung aku jugak.

Kalau bercerita pasal sambutan Ramadhan, sambutan kitaorang biasa-biasa saja. Cuma persediaan dalaman yang lebihnya. Aku harap Ramadhan tahun ni lebih baik. Lebih banyak dipenuhi dengan solat sunat, solat sunat Tarawih dengan lebih baik, baca al-Quran, minta keampunan daripada-Nya, berdoa banyak-banyak supaya hajat untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s