Saat Ini…

Saat ini hati dan jiwaku disayat rasa sayu kerana masih mengenangkan pemergian seorang insan yang telah menyumbangkan suara untuk mengajak masyarat ke arah kebaikan. Aku mengaguminya suaranya. Dan aku mula teringat kenapa aku beriya-iya untuk membeli CD beliau sebulan lepas. Sebelum ini aku lebih suka download dari internet. CD Zikrullah itu menjadi penemanku sewaktu aku memandu dan menjadi penawar di ketika aku terasa tertekan dengan pemandu di jalanraya yang selalu tidak sabar. Masanya telah tiba. Bagaimana pula nasib kita nanti?

Saat ini aku sering memikirkan tentang pengisian dalam perjalanan hidupku. Jika dikira betul-betul, telah terlalu banyak masa aku habiskan dengan menonton televisyen dan berjalan-jalan yang tanpa arah tujuan. Ya, aku minat membaca tapi  dah agak lama aku tinggalkan. Mungkin kerana tiada buku-buku baru walaupun sebenarnya masih banyak lagi buku di rumah yang masih belum kusingkap untuk ku hirup ilmu di dalamnya. Cuma dalam seminggu ni, sejak my adeng sibuk dengan program ofisnya, aku berjinak-jinak semula dengan hobi itu tapi aku tak boleh tumpukan pembacaan dalam tempoh yang lama. Tak seperti dulu. Dengan cara ini, aku rasa masaku benar-benar terisi.

Saat ini aku rasa aku perlu bertindak tegas terhadap diriku untuk mula menulis. Aku boleh mulakan dengan penulisan kreatif dan kemudian penulisan ilmiah. Aku terlalu ingin berkongsi ilmu dengan masyarakat di luar sana. Aku kurang petah berkata-kata dan aku kira inilah cara terbaik mendekatkan diriku dengan masyarakat. Bukankah itu juga sumbangan peribadi kepada bangsa? Semoga hasrat dan niatku akan terlaksana.

Saat ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s