Bila Aku Seorang Diri

Aku rasa bulan ni adalah bulan yang mencabar ketabahan aku. Sebab apa? Sebab dari awal sampai hari ni my adeng really bizi dengan program kementeriannya yang dah disusun, yang mesti habis sebelum puasa menjelang. Huhu..yang sedihnya aku la. Tinggal sorang2 kat rumah. Sebab tulah hujung minggu aritu aku mintak izin daripada my adeng nak balik kampung, ikut adik-adik aku yang memang dah plan nak balik. Mulanya dia macam tak bagi tapi bila aku merengek kata boring kat rumah, dia pun bagilah.

Rupa-rupanya ada dugaan. Abah masuk wad, pagi Ahad kelmarin. Mula-mula dia kata dia sakit ulu hati. Sampai tak tidur la ummi aku picitkan dia malam tu. Abah kata, dari pagi tu dia dok makan kat kat kenduri orang. Yelah, dah nak dekat puasa ni ramai yang buat kenduri. Makan pulak tu, benda-benda yang berangin. Petang tu kitaorang urut la badan dia, nak keluarkan angin dalam badan dia tu. Bagi dia minum Eno, dia kata dah legalah sikit. Tapi malam tu, dia memang dah tak boleh tahan la tu sampai mintak ummi kejutkan abang aku, mintak bawak pergi hospital. Pukul 2 setengah pagi diorang gerak. Aku masa tu tidur-tidur ayam je. Tapi, boleh tidur lagi ya? Ish aku ni….

Pukul 4 setengah, abah dengan abang dan adik bongsu aku tak balik-balik lagi. Aku dah resah dah. Ummi telefon abang dan dimaklumkan abah kena tahan wad. Kitaorang, geng2 perempuan ni terus bersiap nak pergi hospital. Pukul 5 pagi lebih kitaorang sampai hospital dan terus ke tempat kecemasan. Bila tanya misi kat mana wad abah, dia jawab ooohh..dia masuk ccu tadi. Aku ngan adik aku dah cuak. Aku rasa nak terbang je nak pergi ke ccu tu. Dah macam2 bayang keadaan abah.

Bila masuk ccu, legalah hati aku tengok muka abah. Dia kata, doktor dah bagi ubat. Rasa sakit ulu hati tu dah hilang tapi kena tahan wad sebab doktor kesan ada masalah jantung sikit. Huhuhu. Terpaksalah abah duduk kat wad tu. Hari ni, dah hari keempat dalam wad. Dia dah mengadu bosan dan berdoa semoga ada keajaiban, doktor bagi dia balik awal. Kesian pulak tengok dia tapi masa ni jelah nak bagi dia rehat. Kalau dia dok rumah pun, dia bukannya duduk diam pun walaupun dah pencen. Ada saja benda yang dia nak buat. Semalam, doktor kata, abah memang pernah kena serangan jantung tapi dia tak sedar bila dia kena. Jadi, doktor nak pantau keadaan dia betul-betul dulu sebelum dibenarkan balik ke rumah.

Aku balik semula ke KL tapi tinggal sorang kat rumah. Esok my adeng nak naik ke Kedah pulak. Kalau hari kerja macam tak kisahlah sangat. Tapi weekend ni, apalah yang aku nak buat? Nak kemana-mana pun, mesti mintak izin dia dulu. Kadang-kadang dia tapi juga mana-mana tempat yang aku nak pergi. Aritu aku kata nak lepak kat taman tasik lepas waktu kerja dia tak bagi. Katanya jalan sesak kat situ petang-petang. Aku pun ikut la.

Kalau sorang2 aku tak berap rajin nak masak. Setakat masak nasik dan goreng telur, aku gagahkan lagi la. Yalah, nak makan kan? Kalau tak, berlapar la aku. Nak keluar cari makan, malas la pulak rasanya. Aku isi masa dengan buat kerja-kerja rumah, tengok tv dan membaca. Hmmm…tu pun macam boring gak. Kawan aku kata, sementara aku tak ada baby dan banyak masa tinggal sorang, cuba fikirkan sesuatu yang boleh menjana pendapatan. Contohnya, buat kuih ke…Teringin gak tapi masalah besarnya aku ni tak konsisten. Sekejap rajin, sekejap malas.

bachelor-cooking-cartoon

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s