Kenapa Jiwa Kacau???

Betul ke jiwa aku sekarang ni kacau? Kacau kerana apa, ya? Memang ada sesuatu ada belenggu diri aku sekarang ni. Aku rasa aku dah terlalu banyak membuang masa dalam setahun ni. Seolah-olah masa yang berlalu tidak dipenuhi dengan aktviti-aktiviti yang bermanfaat. Di pejabat, aku terus lakukan rutin kerja aku yang tak seberapa. Tak begitu mencabar dan menyerlahkan potensi aku sebagaimana kerja aku sebelum ni. Di rumah, aku juga melakukan rutin yang sama, tugas seorang isteri dan suri rumah dari petang hingga malam.

Mungkin perasaan macam ni terlalu kuat aku rasa sebab my adeng tak ada di rumah di sebabkan terikat dengan kerja-keraja pejabat yang memerlukan dia keluar kawasan. 2 hari lepas dia masih di KL tapi ada program di Grand Season. Hari ni ke PD pulak sampai hari Sabtu. Pastu ke Kuala Lipis selama 3 hari. Kemudian naik pulak ke Utara. Jadual dia padat sampai hujung bulan Syaaban ni. Huhuhu. Rasa sunyi tu agaknya yang membuatkan aku rasa macam ni.

Sejak setahun ni aku memang dah biasa dengan kerja my adeng ni. Cuma biasalah, rasa bosan tu memang tak boleh nak elak. Sebab tu aku rasa, aku nak penuhkan masa dengan perkara-perkara yang betul-betul manfaat. Aku minat menulis dan selalunya aku cenderung dengan penulisan kreatif. Aku boleh jugalah tulis sesuatu yang ilmiah tapi selalunya akan tergantung di tengah jalan. Idea ada tapi aku tak begitu pakar mengolah sesuatu yang berbentuk fakta ni. Penulisan kreatif, memang khayalan penulis tapi ditulis berdasarkan kisah yang berlaku di sekeliling kita, bukan? Cerita dongeng dan khayalan ni aku tak minat sangat. Mungkin sebab aku tak cukup kreatif agaknya. Hehehe.

Semangat tu selalu saja datang tapi praktikalnya itulah yang susah. Jiwa kacau mungkin boleh hilang kalau aku mula langkah pertama memanfaatkan masa sebaiknya!

air terjun

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s