Aku+Tulis+Diari

Aku sebenarnya tidaklah begitu suka nak bercerita dengan panjang lebar tentang kehidupan aku. Tapi, yalah..blog ni aku ibaratkan macam diari aku. Dulu aku memang ada koleksi diari setiap tahun. Aku suka catitkan apa yang berlaku pada aku sama ada kisah duka ataupun gembira. Diari-diari tu pun masih ada aku simpan sama ada di rumah sewaku ataupun di rumah kampungku.

Aku tahu, adik-adik aku pun ada baca diari tu sebab setiap kali balik memang aku tengok diari tu beralih tempat walaupun aku simpan yang susah ditemui. Huhuhu. Lepas kahwin aku praktikkan juga. Cuma 2 tahun kebelakangan ni aku malas nak ada diari macam tu melainkan diari untuk kerja-kerja di pejabat. Pernah sekali My Adeng baca diari tu dan siap gelakkan aku. Geram aku dibuatnya! Kadang-kadang aku jahat juga sebab aku cuba cari diari My Adeng. Manalah tahu kot-kot dia pun suka meluahkan perasaan dengan cara yang sama macam aku. Tapi, penyelongkaran aku gagal. Langsung tak ada. Yang ada cuma diari kerja dia. Hehehe.

Sekarang, blog ni jadi catatan harian aku tapi tu lah aku tak update setiap hari. Kalau ada masa terluang, bolehlah aku update. Macam hari ni..Hehehe. Blog aku ni pun tak adalah aktif sangat pun sebab aku pun tak adalah cukup masa untuk komen blog orang lain. Aku tak ada internet kat rumah. Internet di rumah tak menjadi satu keperluan penting buat masa ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s