0

Saat ini hati dan jiwa terasa kosong. Hanya Dia yang tahu kenapa ini yang dirasakan? Berada dalam keadaan tertanya-tanya begini membuatkan diri terasa lemas. Aku inginkan jawapan tapi sabar dan tunggu itu terus menjadi pegangan. Masalahkah ini? Ya..ia adalah masalah kerana persoalan yang memerlukan jawapan.

Tuhan, aku tahu aku sedang diuji. Ujian yang hanya Kau yang tahu rahsia yang tersimpan di sebaliknya. Sabar, kuat, tabah adalah diriku. Aku diduga begini dan ribuan manusia lain diduga dengan cara yang lain pula, bukan? Justeru, kenapa hati ini terus mengeluh, resah dan kosong? Aku ingin miliki bahagia dan memikirkan bahawa sesungguhnya Dia menyayangi aku lantas ujian sebeginiĀ  diberi untukku.

Terkadang hati ini mampu menerima dan terkadang juga hati ini sering tersasar. Bermonolog sendiri, berbicara sendiri dan meluahkan segala yang terbuku di hati dalam coretan yang aku sendiri sahaja yang memahaminya. Aku mahu insan lain memahami tetapi masih ada tembok besar yang aku bina antara aku dan mereka. Namun, buat sesiapa yang memahami, terima kasih.

Pujuklah hati wahai diri kerana setiap yang pahit itu pasti akan muncul manisnya cuma bila saat itu akan berlaku semuanya harus diserahkan kepada Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s