Bila Dah Dapat Gaji

Hujung minggu di hari-hari gaji agak seronok. Kalau nak ke mana-mana, tak adalah fikir panjang. Hehehe. Pagi Sabtu, aku dengan my adeng pergi joging. Kitaorang keluar rumah lebih kurang pukul 7 pagi ke Tasik Titiwangsa. Waktu tu, orang tak ramai lagi. Rasa tenang sahaja. Kitaorang start berjalan dulu untuk panaskan badan dulu. Tapi, hakikatnya aku tak minat sangat pergi joging ni. Selalunya memang banyak berjalan dari berlari. Hehe. Jalan banyak,lepas tu joging sikit. Tapi, berpeluh jugak tu sebab kitaorang pusing tasik 2 pusingan.

Beredar dari situ lebih kurang pukul 8 lebih terus ke tempat sarapan. Kat mana? Balik ke kawasan rumah kitaorang jugak…NZ Curry House dekat dengan Carrefour Wangsa Maju. Menu? Maggi goreng 2, teh ais untuk aku dan teh o ais untuk my adeng. Dah siap makan, kitaorang mulalah berfikir destinasi seterusnya. Aku tak risau sangat dengan keadaan kat rumah sebab aku dah sidai kain yang aku basuh semalam. Jadi, tak adalah sibuk-sibuk sangat nak balik. Bincang punya bincang kitaorang setuju nak ke JJ Wangsa Maju tu. Aku rasa nak cari minyak wangi sebab minyak wangi ada baki sikit saja lagi.

Pagi-pagi, memang tak sesak lagi dengan orang. Lantai JJ tu rasa lapang sangat. Hehe. Kitaorang singgah kat satu kedai minyak wangi. Mata aku dah tertangkap dekat botol Hugo Pure Purple. Bila test bau, terus jatuh cinta. Tanya harga, RM269. Dapat diskaun, RM189. Huhuhu. Memang tak berkira pun, memang dah berhajat nak beli. Aku tanya my adeng sama ada dia nak atau tidak minyak wangi. Mula-mula dia tak nak tapi aku pujuk dia beli. Minyak wangi Davidoff Ice Water berharga RM139 selepas diskaun. Akhirnya bertukar tanganlah duit dengan auntie kedai tu.

Lepas daripada tu macam terasa, banyaknya aku habiskan duit untuk beli minyak wangi. Dah tak ada hati nak jalan-jalan kat JJ tu.  Macam ada nyesak jugalah tapi pujuk hati, tak apalah sekali sekala. Lepas ni, jangan amalkan lagi. Hehehe. Kitaorang keluar dari JJ tapi tak terus balik rumah sebab ada satu lagi destinasi kitaorang nak pergi. Pesta Buku Selangor kat PKNS, Shah Alam. My adeng tanya nak balik rumah tak, tukar baju? Aku jawab, malas sebab nanti lagi banyak baju kotor nak basuh walaupun cuci dengan mesin basuh. Maka dengan selambanyalah kitaorang gerak ke Shah Alam dengan pakaian sukan dan kasut sukannya. Ops, jangan salah faham. Kitaorang dah mandi tau.

Kalau dah jumpa buku, takkanlah aku tak membeli kan? Sebenarnya, yang mengajak ke situ, my adeng tapi yang membelinya, aku. Aku beli novel “Cinta Berbalas di Meja 17.” Semalam aku dah habis baca pun buku tu. Nipis saja bukunya. Aku tak nak komen buku tu kat sini. Nanti aku komen dalam post lain. Dah rasa letih berjalan, kitaorang pun ambil keputusan balik ke rumah. Sampai rumah dalam pukul 2. Aku ingat nak mandi dan solat dulu tapi dah macam tak larat, terus lepak depan tv dan tertidur. Samalah dengan my adeng.

Aku terjaga dalam pukul 4 petang. Nasib baik…kalau tak terbabaslah Zohor aku. Aku bangun mandi, solat Zohor dan terus tunggu solat Asar. Lepas solat, aku tahu my adeng dah lapar jadi aku masak lauk paling ringkas…telur goreng dan sardin. Alhamdulillah, kenyang. Lepas makan, aku uruskan hal-hal kat rumah sementara tunggu malam. Lepas Isyak, kitaorang keluar lagi. My adeng ajak tengok wayang. Akhirnya, dia nak jugak tengok Transformers 2. Kitaorang tengok tayangan pukul 11 dan habis pukul 1.30 pagi. Ok apa, ceritanya. Cuma keliru sebab tak dapat bezakan yang mana robot baik dan yang mana robot jahat. Hehehe. Tapi kesimpulanannya, best!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s