Layan Orang Mengidam

Dua hari lepas aku memang berhajat nak pergi opis cawangan Jalan Ipoh untuk dapatkan bahan yang memang aku gunakan kerja-keja aku. Kebetulan pulak, ada sorang member opis aku yang mengandung, mengidam nak makan kat satu gerai kat situ. Dia ngidam nak makan kuetiau seafood basah yang dia dok layan masa dia kerja kat cawangan dulu. Aku pun ajak dia sekalilah. Lagipun, orang mengandung kan? Kena dilayan..hehehe.

Malangnya orang yang aku nak jumpa tu tak ada, dia ada kerja luar kot. Jadi, lepas dah lepak sekejap kat pejabat, dah lepas bertegur sapa dengan staf kat situ, kitaorang; aku, mak buyung dan sorang lagi member gelak, berangkatlah ke gerai tu. Aku order nasi putih, sup ayam dan telur dadar. Lama jugalah menunggu makanan tu siap dimasak. Selamba je kitaorang duduk berborak-borak hehehe.

Lawaknya, makanan aku yang sampai dulu. Mak buyung pun kena menunggu lagi. Tapi bila makanan dia dah sampai, bukan main teruja dia aku tengok. Bila dah separuh, dia pun cakap, fuh, sampai dah hajat dapat makan kuetiau ni. Hehehe. Rasanya pun masih masih seperti dulu. Alhamdulillah, aku pun rasa seronok sebab aku dan Cik K (kereta comelku) tu dah berjasa pada seorang ibu mengandung hehehe.

Dah selesai makan, kitaorang balik ke pejabat. Tak lama pun, dalam lebih kurang sejam, aku dapat berita pulak. Kawan pejabat aku kemalangan masa dalam perjalanan ke pejabat dengan skuter comelnya. Bila dengar, dia luka-luka, tak boleh nak bangun sebab sakit badan dan tak ada makanan nak makan kat rumah, aku dan beberapa orang kawan pejabat bersetuju nak melawat dia kat rumah sewanya.

Tiba di kawasan perumahan dia, kitaorang singgah kat satu kedai mamak untuk belikan makanan. Lepas tu kitaorang geraklah ke rumahnya. Nasib baik aku dah terror dengan kawasan tu. Jadi, tak susah sangatlah nak jumpa rumahnya. Bila tengok dia, dari segi luka luar tak nampak teruk sangat tapi aku dapat rasa sakit dalaman tu. Bangun pagi esok ni, mesti sakit yang tak terkira ni. Tengok dia jalan pun, aku rasa sakit. Kaki dia bengkak! Sejak aku dah memandu ni, aku memang seriau semacam bila dengar pasal perkataan “accident’ ni. Nauzubillahiminzalik.

Dah rasa duduk lama kat situ, kitaorang minta diri untuk balik semula ke pejabat. Kalau ikutkan rumah aku tak berapa jauh pun dari situ. Kalau aku nak balik rumah terus pun tak apa. Kihkihkih. Tapi, macamana kawan aku yang 4 orang tu nak balik? Jadi, aku patah baliklah ke pejabat. Dah nak sampai pejabat, kawan aku nak makan pisang goreng Bukit Aman. Berhenti la pulak kat situ. Sampai pejabat dah dekat 3.30 petang.

Hehehe… dua kali keluar tapi kerja aku tetap berjalan seperti biasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s