Waktu Pergi TV3 Dulu

Kadang-kadang kalau tengah bosan, aku suka buka koleksi gambar yang aku simpan dalam pc aku ni. Aku tertarik nak story pasal gambar yang aku snap masa pergi TV3 tahun 2007 dulu. Masa tu opis aku ada buat program besar yang memerlukan kepada promosi di tv. Disebabkan aku tersenarai dalam jawatankuasa promosi, aku berpeluanglah menjejakkan kaki ke Sri Pentas. Sepatutnya aku pergi seorang bersama dengan seorang panel yang dijemput untuk ditemuramah dalam program Wanita Hari Ini ; seorang ibu yang telah melahirkan para doktor yang telah menabur jasa yang besar kepada negara. Aku tabik betul kat ibu ini!

Aku cuma dipertanggungjawabkan untuk menemankannya sahaja. Jemput dia dari rumah anak dia kemudian bawa dia ke Sri Pentas. Aku ajak teman sepejabat aku, Kak Lenny. Kalau pergi seorang saja macam tak seronok saja. Dia pun free masa tu jadi aku berbesar hatilah sangat sebab dia sudi temankan aku. Sampai kat sana, ibu itu kena touch up sikit supaya seiring dengan lighting studio tu. Studionya tak besar sangatlah. Kitaorang tak masuk walaupun dijemput. Kitaorang duduk kat luar sambil tonton rancangan tu melalui tv sahaja.

Slot pun tak lama, dalam 15 minit sahaja. Lepas tu kitaorang sibuk snap gambar dengan 2 orang pengacara WHI masa tu. Lepas tu, kitaorang buat permintaan nak bergambar dengan Ally Iskandar. Ala…masa tu minat dengan dia tapi sekarang dah suam-suam kuku. Hehehehe. Dan kebetulan Kak Pah ada masa tu, jadi dengan muka tak malunya kitaorang bergambar la dengan dia. Ngeh..ngeh…ngeh.

su, ally, lenny

lenny, pah, su

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s