My Adeng

Ada beberapa orang teman bertanya, adeng tu apa maksudnya? Hehehe..dan selalu aku akan senyum dulu sebelum menjawab soalan ini. Perkataan ni dah tercetus sebelum kitaorang kahwin lagi bila aku tanya dia, bila dah kahwin nanti nak panggil dia apa? Dia dengan senyum bangga pun menjawablah, adeng. Aku rasa pelik. Tak pernah dengar pun perkataan tu. Bila ditanya dia pun menjawab, adeng tu dalam bahasa Sarawak maksudnya sayang. Tapi, sayangnya aku tak setuju dengan panggilan tu. Aku rasa lidah aku keras nak panggil macam tu. Ahaks…

My adeng or my husband ni orang Sarawak. Ish…pertama kali jumpa dia memang tak sangka langsung dia orang sana. Muka dia tak ada langsung ciri-ciri orang sana. Kalau tanya dengan kawan-kawan pun, diaorang tak percaya. Agaknya sebab dah lama sangat duduk KL, sampai kulit dan iras-iras orang sana pun dah hilang ya? Kadang-kadang aku tergelak bila mengingatkan hal yang satu ni.

Orangnya memang nampak serius tapi bagi orang yang kenal dengan dia memang tahu dia memang cukup mengusik orang! Sampai ada yang terperasan dengan usikan dia (hehehe..ada kenangan). Tapi, satu yang aku perasan kalau aku ada di kalangan kawan-kawan dia, dia mesti serius. Ala…dah masak sangat dah. Dia malu kot. Kihkhikhih. Mula-mula dulu aku memang tak boleh terima, sebab aku rasa macam dia control macho depan aku tapi sekarang dah lali dah. Tak apalah, yang penting aku tahu perangai dia yang sebenar.

Kegemaran dia…jalan-jalan, window shopping, buku. Kalau minat buku, memang kitaorang mempunyai citarasa yang sama. Kat rumah kitaorang tu dah macam perpustakaan. Dah tak tahu nak letak kat mana dah buku yang baru dapat atau beli. Window shopping? Alamak! Aku tak minat la. Aku suka kalau nak pergi membeli, beli terus tapi dia boleh survey 2,3 shopping complex untuk dapatkan sesuatu barang. Huhu…Mula-mula kenal aku memang tak boleh terima. Tapi, dah namanya suami, kenalah aku temankan ke mana dia pergi kan? Kena pujuk hatilah untuk seiring dengan kegemarannya tu.

Okey, kat sini aku letak gambar dia masa kitaorang jalan-jalan kat Kea Farm, Cameron Highlands.

my adeng

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s