Hujung minggu yang lalu

Selalunya hujung minggu my adeng akan kerja tapi lepas dia balik dari kursus baru-baru ni, dia selalu ada di rumah. Tapi, katanya bulan 8 nanti jadual dia penuh sampai awal puasa. Huhu. Sementara dia ada banyak masa terluang ni, kitaorang spent masa dengan sebaik-baiknya dan lazimnya aktiviti kitaorang adalah menjelajah mana-mana tempat yang kitaorang rasa nak pergi.

Hari Sabtu, kitaorang jalan-jalan dekat-dekat saja. Sarapan kat luar, lepas tu balik rumah sekejap sebab aku nak uruskan pasal kain baju yang belum berbasuh lagi. Ini pusingan untuk baju yang perlu dibasuh dengan tangan. Yang boleh masuk mesin, dah selamat diputar malam semalamnya. Baju yang basuh tangan ni selalunya kemeja kerja my adeng, baju kurung aku yang akan rosak kalau masuk mesin, tudung aku dan baju-baju yang turun warna.

My adeng kata tengahari tak payah masak sebab dah nak pergi tengok wayang. Aku tengah fikir sama ada nak tengok Transformers atau Skrip 7707. Kalau aku nak Transformers, my adeng tak nak pulak nanti. So, tak apalah tengok jelah cerita Melayu tu. Hmm..ceritanya boleh tahanlah seramnya. Sikit-sikit lah. Dah habis cerita tu, my adeng kata entah apa-apa cerita tu. Uish…macam aku tak tau dia siap lelap dalam kegelapan panggung tu. Huhu. Tak apalah, aku pun pernah tidur dalam panggung masa tengok cerita yang sangat menjemukan. Hehehe. Balik dari tengok wayang, merata-ratalah kitaorang merayap dengan kereta comel kitaorang tu.

Hari Ahad, masih kena uruskan hal-hal di rumah. Kemas rumah, sapu sampah, lipat kain, jemur pakaian, siram pokok, pendek kata memang tak duduk diamlah kalau duduk kat rumah ni. Rasanya kerja kat pejabat pun tak adalah seteruk macam tu. Dah petang sikit, kitaorang jalan-jalan ke sebelah Klang nun. Aku rasa macam nak pergi Tanjung Karang. My Adeng tanya sama ada aku ada cukup duit tak nak membeli belah kat situ. Aku pun jawablah, adalah RM50. Hahahaha. Tak dilayannya aku.

Akhirnya kitaorang singgah kat Pantai Remis. Ada Pesta Konsumer kat situ. Tak meriah langsung. Kitaorang sempatlah makan ikan bakar dan kerang bakar kat situ. Campur punya campur, sekali dengan air dan nasik…semua sekali RM18. Entahlah, berpatutan ke tak. Lepas beredar dari situ, kitaorang singgah  sekejap kat satu tempat tak jauh dari situ. Lebih kurang macam tadi jugalah programnya tapi lagi besar. Alah…bosan. Jadi, kitaorang pun baliklah. Dari situ dalam pukul 7 dan sampai rumah dalam pukul 8 suku, ikut Sg Buloh. Malam tu, my adeng buat permintaan nak makan cekodok ikan bilis. Aku kan isteri yang berusaha nak jadi isteri mithali, buatkanlah cekodok tu. Aku bancuh tapi my adeng tolong goreng. Dia sukarelawan nak tolong aku. Hehehe. Aku suka sebab ada lagi satu pusingan baju kotor yang aku kena basuh.

Hujung minggu ni, my adeng dah suruh fikir nak pergi mana pulak. Nak balik kampung, umi dengan abah aku balik rumah tok aku. Aku ada ajak my adeng balik kampung tok, tapi tak tahulah dia nak ke tak. Tengoklah nanti ke mana destinasi kitaorang hujung minggu ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s