Ada Lagi Cerita Kat Cameron

Aku sengaja nak cerita details pasal trip aku kat Cameron. Nak tajamkan skill bercerita ngeh…ngeh…ngeh. Aku dan my adeng bertolak hari ahad dari KL dalam pukul 9 pagi macam tu lah. Sampai sana dalam pukul 1 lebih melalui susur keluar ke Tapah. My adeng tak bawak laju pun. Aku malas nak drive memandangkan jalan bengkang bengkok macam tu. Hehehe.

Disebabkan tak boleh check in lagi, kitaorang merayaplah ke Ladang Teh Boh. Tak minum pun teh kat situ. Cuma snap beberapa keping dan beli teh kat situ untuk diberikan kepada family. Pemandangan memang cantik, rasa macam kat Switzerland je.  Hehehe. Tak adalah…tapi aku rasa puas hati sebab boleh tengok keindahan ciptaan Allah. Terbayang-bayang lagi kehijauan ladang teh tu.

Lepas tu, kitaorang terus naik sampai Brinchang dan terus ke Kea Farm yang memang popular dengan sayur-sayuran yang segar. Kira hari pertama tu, memang kiatorang survey harga barang yang paling murah. Dah rasa macam dah penat, kitaorang check in di Rumah Peranginan Persekutuan yang my adeng dah booking dan bayar sebelum kitaorang pergi sana. Wahhhh..teruja aku tengok tempat tu. Cantik, tak seperti yang aku bayangkan. Atas bukit dan dekat dengan pintu masuk tu ada satu ladang strawberi. Sebenarnya, aku tak adalah teruja dengan strawberi ni. Sebab aku dengan my deng memang mempunyai citarasa yang sama, sama-sama tak suka sangat dengan buah tu. Hehehe.

Sebelum ni, aku memang dah beritahu kan? Memang surprise tengok bilik dia yang besar tu. Sekali lagi tanggapan aku silap. Sebab aku fikir bila bayar RM25 semalaman, biliknya mesti kecil tapi hakikatnya…tak begitu. Lebih besar dari bilik kat Impiana, KLCC. Tapi kekurangannya ialah tak ada iron, sabun mandi, tuala. Tak kisah sangat pasal tu sebab semua peralatan tu kitaorang dah bawak. Kipas atau air cond memang tak adalah sebab dah tempat sejuk kan?

Dah petang sikit, kitaorang berjalan lagi. Kali ni turun semula sampai ke Ringlet. Hajat hati nak cari tempat makan untuk dinner nanti. My adeng nak makan steamboat. Akhirnya jumpalah satu restoran yang ada steamboat..RM16 untuk dua orang. Murah tu… Jadi, kitaorang mengambil keputusan untuk makan di situ malam nanti. Pastu kitaorang boleh jalan-jalan lagi naik ke Brinchang semula. Alahai..aku rasa macam dah boring dh ni. Kiranya semua kedai yang ada tepi jalan tu kitaorang singgah. Hahahaha. Dah tu..takkan nak lepak kat bilik walaupun kat bilik ada Astro? Petang tu aku beli pelekat kat peti ais tu kat Kea Farm.  Dapat RM10 untuk 5. Ni kira dh habis survey la ni. Hehe. Malam, lepas dah mandi dan solat Maghrib, Isyak, kitaorang pergilah ke restoran tu. Ingatkan macam ramailah orang makan kat situ tapi rupa-rupanya tidak. Disebabkan aku dah terlalu lapar aku order nasi goreng kampung. Dah tu, bila dah makan nasi, terasa kenyanglah pulak. Tapi, disebabkan nak jaga hati my adeng, aku makanlah juga  steamboat yang boleh makan untuk 4 orang tu. Banyaknya bahan-bahan dia. Hmm…makanan kat restoran ni kira sedaplah juga. Boleh diterima oleh tekak aku. Dah selesai satu hari, kira satu hari dah habis kitaorang pusing Cameron.

Untuk dua hari lagi tu, rutinnya macam biasa lah. Mana-mana tempat yang kitaorang rasa tak singgah lagi, kitaorang singgah. Udara memang sejuk dan menyamankan. Hehehe. Aku belikan souvenir untuk kawan-kawan pejabat. Biasalah, my adeng siap cakap kat aku, awak ni membeli macam satu opis tu awak nak bagi. Aku senyum jelah. Apa salahnya kan? Ingatan untuk kawan-kawan.

Hmmm…nak cerita pasal anak patung. Aku memang tak rancang langsung nak beli anak patung tapi sejak hari pertama aku nampak anak patung tu aku rasa berkenan sangat. My adeng suruh beli tapi serba salah sebab harganya dalam RM30. Memang besar dan cute! 3 hari aku fikir sama ada nak beli ataupun tak. Aku usya my adeng mintak dia belanja. Mula-mula dia tak nak tapi pujuk punya pujuk last sekali, dia murah hatilah nak belikan anak patung tu untuk aku. Hehehe…seronoknya! Harga pun dah turun, dapat dalam RM25. Tak sangka pulak, bila my sister datang rumah, dia pun berkenan dengan anak patung tu. Siap cakap, kenapa tak belikan untuk dia sekali? Manalah aku tahu, kan? Tak apalah, lain kali boleh beli lagi. Ataupun kalau ada sapa-sapa pergi sana, aku nak kirimlah.  Habislah cerita aku di Cameron. Hehehe.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s