Singgah Sekejap Untuk Muhasabah Diri

Kehidupan di dunia ini tidak pernah sunyi sebenarnya daripada suara dan luahan masalah sama ada daripada diri kita sendiri ataupun orang-orang yang berada di sekeliling kita. Ada yang kita dengar sendiri, dengar daripada mulut orang lain, malah ada juga yang boleh didengari dalam versi khabar angin. Kadang-kadang terasa ingin tahu semua masalah yang melanda mereka dan kalaulah diberi keupayaan untuk membantu mengikut kemampuan, aku ingin sekali melakukannya. Namun, kadang-kadang aku tidak mahu langsung mengambil tahu kerana memikirkan mereka dengan masalah mereka dan aku pula dengan masalah aku.

Siapakah manusia di dunia ini yang tidak pernah dilanda masalah? Benarkah ungkapan gembira dan bahagia itu terserlah di wajah dan kata-kata mereka? Perbualan dengan seorang teman pada hari ini menyedarkan aku, masalah itu tidak akan berhenti menghantui manusia kerana masalah itu adalah dugaan. Dugaan adalah cubaan, cubaan dalam menjalani kehidupan yang sementara di tapak yang sementara ini.

Pernahkah kita semua berfikir secara mendalam tentang kehidupan kita di alam yang kekal kelak? Bagaimana agaknya kehidupan di sana yang  tidak lagi memerlukan pecutan tenaga untuk ke tempat kerja, mengejar dateline, menyiapkan tugasan pejabat yang tidak pernah habis, menyelesaikan kerja-kerja rumah yang bertimbun, sibuk berjalan ke sana dan ke sini, sibuk melancong, sibuk mengambil tahu hal orang lain. Semua itu tidak ada bukan? Hanya Dia yang tahu perjalanan kehidupan kita di sana. Subhanallah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s