Aku Sebagai Rakyat

Pengalaman menjejak kaki ke Dewan Rakyat bagi aku adalah satu pengalaman baru dan menarik, mungkin. Sebab pertama kali aku dapat melihat barisan pemimpin negara secara langsung. Selain tu, aku berpeluang melihat dan mendengar isi perdebatan mereka. Dan aku sebagai rakyat biasa, dapat melihat sendiri siapa yang rasional siapa yang tidak, siapa yang emosional, siapa yang tenang sifatnya. Ada lucu, ada geram, ada sinis, semua bersatu dalam perdebatan itu. Aku positif…apa yang mereka debatkan adalah untuk kebaikan rakyat. Harapnya begitulah!

Cuma, mungkin aku tidak tahu situasi sebenar kerana aku lihat kerusi untuk ahli parlimen di dalam dewan itu tidak penuh dan amat ketara kekosongannya. Mungkin itu satu fenomena biasa kerana mana mungkin mereka boleh menghabiskan masa beberapa hari di situ sedangkan masih banyak lagi masalah dan isu rakyat yang mesti diselesaikan.

Tapi, aku tak dapat sembunyikan rasa kecewa apabila laporan di dada di akhbar sangat berbeza dengan realiti yang aku lihat dan dengar sendiri di dewan itu. Aduhai..siapa yang harus dipersalahkan? Laporan-laporan sebegitulah yang didedahkan kepada rakyat. Mungkin sekiranya aku tidak berada di situ, apa yang tertulis di kertas itu, itulah yang aku percaya. Pertanyaanku, siapa yang harus menjawab semua persoalan ini?

Aku harap aku boleh ke Dewan Rakyat lagi lepas ni tapi aku hanya nak dengar isu-isu panas yang membawa kepada hujah yang padat, hebat dan kemas oleh ahli-ahli parlimen yang memang bijak berkata-kata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s