Cerita Terbaru

Ada cerita yang aku tak kongsikan lagi ya? Hmm…bermula hari Khamis minggu lepas aku dah mula bawa kereta ke pejabat. Ada berani? Aku cuba dan bertawakal sangat-sangat kepada-Nya. Kalau ikutkan my adeng tak benarkan lagi aku memandu tapi aku rasa aku dah lelah menaiki kenderaan awam yang datang tak tentu masa dan habiskan duit membayar tambang teksi sedangkan duit tu aku boleh gunakan untuk minyak kereta. Jadi, aku nekad untuk memandu ke pejabat dalam rasa debar yang Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa.

Bagi orang yang dah biasa memandu, mungkin mereka akan kutuk aku. Ala, itupun nak takut. Uish…takkan tak takut. Kalau kita seorang saja atas jalan tu tak apalah. Ni, ada kereta, lori, bas, motosikal yang kadang-kadang ikut suka diorang je nak redah mana-mana lorong, teksi yang tak sabar dan inilah benda-benda yang aku banyak fikirkan. Tapi, alhamdulillah setelah memandu lebih kurang seminggu ni banyak perkara yang aku belajar. Cuma, bila selekoh masuk simpang memang ada gabra dan kelam kabut. Hehehe..tak apa, practice make perfect kan?

Sementara tu, my adeng pun lagi beberapa hari saja nak balik. Alahai…bukan tak pernah berjauhan dengan dia sebelum ni. Dulu lagilah, 3 bulan dia berkursus. Tapi, dek kerana dia dah jadi sebahagian daripada hidup kita sudah tentulah kita akan rasa lain dan kekurangan kalau dia tiada di sisi kita walaupun dalam tempoh yang singkat. 2 minggu? Lama gak tu. Aku menghitung hari, tau. Nasib baik jugalah adik aku temankan aku. Kalau tak, tak ada sapalah aku nak layan borak.

Lepas ni kitaorang rancang nak bercuti di Cameron. My Adeng tak pernah pergi Cameron so dia ajaklah aku ke sana. Aku pernahlah pergi tapi sekali pergi tu memang aku serik nak pergi lagi bila ingatkan jalannya yang berliku-liku. Dah lama dia ajak aku ke sana tapi aku tak nak sebab tu lah tapi kali ni tak apalah, aku layan jelah. Hehehe.

4 thoughts on “Cerita Terbaru

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s