Aku dan Duniaku

Kalau hendak diikutkan kerja aku memang banyak sekarang ni tapi aku terlalu ikutkan rasa malas dan bosan yang tidak pernah berpenghujung ini. Hahaha…aku rasa macam ayat aku ni semacam je. Aku malas nak membaca. Aku malas nak mengkaji. Aku malas nak menyelidik. Alahai…kenapalah mood manusia ni berubah-ubah?

Semalam, aku rasa aku cukup bersemangat melaksanakan tugas-tugas harianku tapi hari ni aku masih layan facebook, emel dan ym. Tapi, jangan salah anggap…kerana dalam nada malas ini aku tetap buat kerja yang memberikan aku rezeki aku ni. Mana boleh datang pejabat 9 jam tapi dipenuhi dengan aktiviti yang tak ada kaitan langsung dengan kerja. Hai, makan gaji buta apa?

Aku terus membina duniaku yang masih dengan rutin yang sama. Huhuhu. Semalam pulang dari pejabat aku terus ke rumah sewa lamaku, berjumpa dengan kawan-kawan lama yang banyak menyimpan kenangan bersama. Kami makan di Keramat sehinggalah azan mahgrib berkumandang. Aku yang memandu dan banyak lagi yang aku kena belajar untuk menjadi pemandu yang berhemah dan baik. Nasib baik lah semalam kawan-kawan aku ada dan kereta yang hampir bergesel dengan kereta aku tu adalah kereta yang comel. Kalau tidak tak tahulah apa nasib baik kereta aku tu. Kalau diingatkan semula, ish mengerikan dan menakutkan. Fuh!

Hari ni aku terfikir nak namakan kereta aku sebagai Cik K. Hmm..boleh juga aku borak-borak dengan dia kan? Hehehe. Apa kata aku mulakan dunia aku dan Cik K petang ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s