Ye…Ye…

Alhamdulillah…aku telah melalui satu tahap pertambahan keyakinan untuk diri aku. Semalam, aku balik kerja naik LRT memandangkan suami aku ada program kat Langat. Jauh jugak kalau dia nak jemput dan patah balik ke sana dalam keadaan KL yang hujan. Walaupun aku memang harap dia akan jemput aku sebab aku berpuasa semalam. Rasa macam dah kehabisan tenaga. Tapi, Allah berikan aku kekuatan jua.

Aku tumpang kawan sepejabat sampai KL Sentral. Dalam hati dah rancang nak pergi pasar malam nanti tapi terasa juga nak makan McD. Sambil berjalan ke LRT aku berkira-kira. Akhirnya aku buat keputusan nak balik rumah terus. Alhamdulillah, masuk-masuk LRT terus dapat tempat duduk dalam waktu kemuncak macam tu. Hehehe…Badan aku pun dah rasa lembik. Yelah, dah lama tak puasa. Dahlah tak bersahur betul-betul paginya tu.

Sampai kat stesen Wangsa Maju, aku ambil teksi terus ke rumah. Sampai rumah dalam pukul 6.30. Perut dah lapar sangat ni. Terasa benar tekak ni nak berbuka puasa dengan nasi kerabu kat pasar malam Melawati tu. Masih berfikir lagi sama ada nak pergi atau tidak ke situ. Berkira-kira sama ada aku boleh atau tak nak memandu ke situ. Tapi bila terbayangkan perut yang lapar dan nasi kerabu yang lazat tu aku gagahkan juga bawak kereta ke sana melalui jalan belakang yang aku jangka memang lengang dari kereta-kereta. Maka bergeraklah aku ke pasar malam dengan memandu kereta comelku itu.

Bukan main banyak aku membeli, dengan nasi kerabu yang berharga 5 ringgit, keropok seringgit, cekodok pisang seringgit dan air kelapa seringgit dua puluh sen. Kemudian aku balik dan selamatlah aku sampai ke rumah dalam masa beberapa minit lagi nak berbuka. Perasaan? Nak kata seronok sampai nak meloncat, tak ada pun. Biasa-biasa saja. Tapi, aku tetap bangga dengan diri aku yang telah berjaya melawan ketakutan.

pasar-malam

Gambar hiasan dari http://www.backpackingmalaysia.com

2 thoughts on “Ye…Ye…

  1. mama awisy says:

    akhirnya setelah 31 tahun..yehhhh! mari belajar memandu ke Miadvalley pulak..pastu Sunway pyramid kemudian Pavillion kemudian KLCC last baru SOGO sebab senang sgt jalan ke situ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s