Mari Pandu Kereta

Dua minggu kebelakangan ni aku belajar bawak kereta. Kadang-kadang aku yakin tapi ada harinya aku jadi down. Macam minggu lepas aku rasa dalam 3 kali aku pandu kereta Kelisa tu ke pejabat dan sekali masa balik rumah, itupun dari Celcom kat Pekeliling terus ke Giant Taman Permata. Masa tu aku ras okey dan happy! Waaahhh..aku dah berjaya memandu dan parking di tempat yang menjadi tumpuan orang tu.

Semalam pulak aku memandu waktu pergi dan balik. Masa pergi aku gelabah sikit sebab aku dah tinggal 2 hari  ‘kelas’ memandu aku dengan my adeng ni. Cuma hari Sabtu tu aku berjaya juga memandu dari rumah aku ke JJ AU2 Keramat. Bukankah itu satu kejayaan untuk aku apabila aku mula belajar ambil tiket parking dan parking di tempat membeli belah tu?

Semalam punya cerita membuatkan aku sekali lagi tidak yakin dengan kemahiran memandu aku. Semalam, memang jalan agak sesak sebab my adeng jemput aku kat opis dah pukul 6.45 petang. Tapi hasrat hati aku memang nak cuba juga pandu dari opis ke rumah. Jadi memandulah aku semalam. Bila waktu nak masuk ke susur kanan atau kiri, yang perlukan panduan yang perlahan dan berhati-hati sambil kena cekap tengok kereta di kanan dan kiri yang membuatkan muka aku cuak. Tapi alhamdulillah tak ada kena hon dengan kereta lain.

Sampai dekat simpang empat LRT Putra Wangsa Maju tu, lampu isyarat rosak. Jadi aku ambil alternatif untuk ke susur ke kiri melalui jalan ke Kolej TAR dan masih dengan bantuan my adeng. Perjalanan tu melalui kawasan perumahan yang meyebabkan aku kena berhati-hati betul. Macam bertekak jugalah dengan my adeng bila aku corner satu simpang yang aku tak perasan langsung ada tiang dan yang merintang kat situ. Siap my adeng tanya, awak nampak ke tak tiang ngan tali tu. Dengan selamba aku jawab tak. Masa tu ada jugak rasa nak turun dari kereta tu. Kemudian aku jumpa satu lagi simpang untuk keluar semula ke jalan besar. Aku berhentilah untuk tengok kereta sebelah kanan. Aku yakin untuk masuk , walaupun ada satu kereta tapi kereta tu nampak tak laju dan ia berada di lane kanan sekali tapi my adeng halang aku. Dia kata, kan ada kereta kat depan tu. Awak kena peka dengan kereta tu sama ada laju atau perlahan. Dah keluar simpang tu tekanlah minyak lebih sikit. Kang kena langgar awak nanti.Alahai…lemahnya semangat aku. Tangan aku sejuk masa tu. Satu lagi kesukaran bila aku nak msuk simpang ke rumah aku. Itu memang ketidakcekapan aku. Aku dah bagi signal kiri tapi bila aku tengok cermin depan dan cermin kiri, ada satu motor besar kat belakang aku. Dekat sangat. Kalau my adeng tak ada memang confirm aku tak masuk situ. Sekali dia membebel. Awak kena pandai main stereng, kena pandai tengok cermin. kena pandai main brek. Huhuhu.

Sampai rumah dia beritahu aku esok dia dah mula program belia 3 hari kat Hulu Langat. Dia tanya aku, macamana awak nak balik kerja esok? Lepas tu aku tanya dia semula, tak yakin ke bagi saya bawak kereta.?Jawapannya…fail, kelam kabut. Terus aku jadi tak ada mood. Aku rasa lemah sangat. Tapi nak buat macamana sebab memang pasti aku tak akan dibenarkan memandu seorang esok. Aku kena fikirkan cara balik rumah esok. Entah bila agaknya semua rasa kelam kabut dan gelabah tu akan hilang?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s