Hari-hari Di sini

Nak cerita apa arini, ya? Pagi tadi pejabat aku adakan perhimpunan bulanan. Aku kena jadi mc. Hehehe. Selalunya bila Suhafzan dah pegang mikrofon maka berlakulah getaran di suara dan di tangan. Alhamdulillah, walaupun tetap gementar, rasanya lebih baik daripada dulu-dulu. Memang dulu aku tak boleh lindung rasa gementar itu.

Kerja mengemaskini blog boss aku berjalan seperti biasa. Hari ini masih mencari artikel yang sesuai untuk dimuatkan dalam blog ni. Boss aku tak ada hari ni, balik kampung agaknya. Kalau ikutkan aku ada kerja lain ; edit satu manuskrip yang diminta oleh Unit Penerbitan tapi macam malas saja nak membacanya. Ish…teruk jugak tahap kemalasan aku ni.Membaca pun dah agak kurang sekarang ni. Dapat rasa minda aku ni dah sedikit kosong.

Semalam, aku jumpa satu blog yang sebut tentang penerbitan buku “Koleksi Cerpen Kemerdekaan” yang memuatkan cerpen pemenang Sayembara Menulis Cerpen Tulisan Jawi. Kalau tak silap aku, tahun 2007 aku join pertandingan tu. Tersangkut la nama aku sebagai pemenang saguhati. Hehehe. Nak dijadikan cerita, kawan aku yang memang rajin kemaskini blog tu, terbaca pasal ni. Siap ucap tahniah lagi. Terima kasih kepada blog ibnuahmadalkurauwi kerana memuatkan cerita tentang buku tersebut.

antologi-jawi

Memuatkan sebanyak 8 karya pemenang ; Ibnu Ahmad al-Kurauwi, Muhammad Mukhtar bin Abd Rahman, Siti Suhana Muhammad Amir, Muhammad Sharif bin Muhammad Saleh, Siti Suhafzan binti Sheikh Ibrahim, Wahyu Budiwa Rendra, Suryani binti Nayan dan Syafiq bin Zulkifli.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s