Bengang Punya Cerita

3 Jun 2009, adalah hari pertama aku memandu ke pejabat. Gugup dalam hati Allah sahaja yang tahu tapi rasanya tak adalah teruk sangat. Masih nampak gopoh di mata suami aku. Dan buat aku sedih dan putus asa sikit, bila nak masuk parking kat stesen minyak. Parking sisi adalah kelemahan aku. Punyalah jauh kereta aku menapak dari mesin minyak tu. Huhu. Tak taulah kenapa dengan aku ni? Tak pandai sangat main stereng. Tangan keras semacam saja walaupun power stereng.

Aku terpaksa lupakan niat aku nak praktis memandu bila aku perasan aku tak bawak beg duit yang terkandung di dalamnya lesen memandu aku. Tak adalah terkilan sangat sebab aku dah down pasal parking tadi. Jadi bertukar pemandulah kereta kelisa ku itu. Huhu. Itu cerita pagi tadi.

Ini cerita tengahari pulak. Aku telefon tuan rumah sewa dengan tujuan untuk meminta dia menghantar orang memotong rumput kat rumah aku yang dah setinggi budak tu. Apa yang dia jawab kat aku? “Boleh cari rumah lain tak? Musim-musim hujan ni kalau potong pun, dia tumbuh jugak.” Ya Allah! Sakitnya hati aku! Aku tanya dengan dia elok-elok sahaja. Tak berterima kasih langsung dengan penyewa dah menyewa lebih 3 tahun ni. Aku memang bengang dengan haji tu. Sangat-sangat!

Bila aku telefon my adeng, dia cakap kat aku, kenapa pandai-pandai telefon haji tu? Perangai dia dah memang macam tu. Nanti tak pasal-pasal kita pulak yang dihalaunya. Aduh…masa ni aku jadi sayu dan sedih. Apalagi, menangis la aku. Ingatkan my adeng akan sokong aku tapi aku jugak yang dipersalahkan. Lepas cakap dengan my adeng aku rasa macam tak puas hati lagi. Aku kena mengadu kat orang lain pulak. Aku ngadu pada adik aku, kawan-kawan opis aku. Hmm…barulah lega sikit cuma seriau jugaklah kalau haji tu call semula ke, suruh pindah ke. Huhu.

Aku memang dah lama nak pindah dari situ tapi kalau waktu ni dia suruh kami pindah, masalah kewangan adalah perkara utama. Kesimpulan daripada cerita ini, manusia memang selalu lupa tentang asal usulnya dan selalu ingat wang ringgit, harta benda boleh bawak ke kubur. Langsung tidak fikir tentang kebajikan yang menjadi sebenar-benar bekalan untuk akhirat nanti.

angry_cow

Ini bukan muka aku tapi bolehlah pinjam emosi encik lembu ni. Ahaks!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s